Di timeframe daily, harga telah pun sampai di sekitar level fibo 261 dan pada hari ini harga tertinggi telah dicapai pada 1225.17 mencecah zon CBR
Di timeframe daily, harga telah pun sampai di sekitar level fibo 261 dan pada hari ini harga tertinggi telah dicapai pada 1225.17 mencecah zon CBR key tf Daily yang menjadi zon utk SELL Limit. Di sekitar level fibo tersebut, wujudnya Initial Break (IB) dan CB1 break.
Di time frame H4, harga telah pun melengkapkan kitaran kenaikkan apabila mencecah level fibo 423.6 dan memecahkan resistance harga pada 1220. Jika dilihat pada awesome oscillator (AO), berlakunya convergence yg membawa maksud momentum kenaikkan masih ada dan sifat wajib bagi convergence adalah pullback. SOP untuk melakukan jualan di tf H4 masih belum ada kerana tiada IB dan CB1 break. Maka, kita akan lihat pullback di tf H1.
Kewujudan IB dan CB1 break di H1 memberi petanda bahawa market akan membuat penurunan / retracement / pullback selari dengan AO di mana berlakunya divergence. Kadar pullback ini kita boleh ukur dengan menggunakan fibonaci di mana sekurang-kurangnya harga akan mencapai di sekitar TP1 pada 1211.68 dan maksima bagi pullback adalah TP2 pada 1203.34.
Pilihan untuk membuat jualan bagi GOLD di sekitar 1220-1223.53
Cutloss jika ada candle H1 mampu close di atas zon IB..
Sasaran TP1: 1211.68 dan TP2: 1203.34
Wallahualam and TAYOR..
COMMENTS