Dolar AS Melemah Dengan Pengumuman Dasar Fed Yang Lebih Longgar

Dolar AS Melemah Dengan Pengumuman Dasar Fed Yang Lebih Longgar

Indeks USD (DXY) yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain menghadapi tekanan dua hari berturut-turut dan semakin jau

Indeks USD (DXY) yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain menghadapi tekanan dua hari berturut-turut dan semakin jauh di bawah zon 102 pada hari Selasa.

Kebimbangan terhadap isu pendanaan di samping pelonggaran dasar bank-bank pusat selain Fed akibat virus covid-19 telah mengukuhkan permintaan dolar AS sejak awal bulan Mac yang lalu sehingga membentuk paras tertinggi tahun 2020 yang baru.

Namun momentum bullish kelihatan semakin lemah selepas bertemu penjualan yang besar apabila Fed mengumumkan pakej ransangan diluar jangkaan menerusi pembelian bon kerajaan dan MBS pada hari Isnin yang lalu.

Fed akan membeli sebanyak $75 billion USD bon kerajaan serta $50 billion MBS setiap hari di samping memberi pinjaman berjumlah $300 billion kepada para pekerja, peniaga dan isi rumah.

Nilai pembelian yang diumumkan merupakan jangkaan jumlah yang diperlukan bagi melancarkan fungsi pasaran dan keberkesanan dasar moneteri ke atas ekonomi dan keadaan kewangan.

Selain perkembangan penularan koronavirus yang akan terus mempengaruhi sentimen, para pelabur juga akan meneliti bacaan awal indeks PMI Pembuatan dan PMI Perkhidmatan AS bulan Mac oleh IHS Markit pada hari ini bagi mencari peluang dagangan jangka masa pendek.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: