Data berkala ekonomi Amerika Utara bakal bermula pada hari ini tepat jam 9.15 malam dengan ADP Employment Change terlebih dahulu mengambil tempat dan
Data berkala ekonomi Amerika Utara bakal bermula pada hari ini tepat jam 9.15 malam dengan ADP Employment Change terlebih dahulu mengambil tempat dan kemudian diikuti oleh pengumuman kadar faedah oleh Bank of Canada (BOC) pada jam 11 malam.
Sektor pekerjaan swasta dijangkakan menambah sebanyak 185 ribu pekerjaan pada bulan November, menurun 50 ribu berbanding bulan Oktober. Bagi BOC pula, hanya kurang 10% penganalisa ekonomi menjangkakan mereka akan menaikkan kadar faedah pada kali ini.
Charles Evans dalam kenyataan terbaru beliau merasakan tiada keperluan untuk terburu-buru menaikkan kadar faedah sekali lagi pada bulan Disember ini. Pegawai Fed ini melihat ia adalah masanya untuk berhenti menaikkan kadar faedah and mengakses semula jika inflasi berjaya menghampiri objektif sasaran 2% mereka.
Pembuat dasar kewangan Kanada kebelakangan ini menjadi berhati-hati tentang prospek kenaikan kadar faedah, dengan mengatakan satu sebab adalah untuk mengelakkan kos pembalikan dasar jika berlaku sesuatu di luar kawalan mereka.
BOC juga telah menyatakan beberapa sebab kepada dasar berhati-hati mereka :
- Bimbang terhadap kesan kos pinjaman yang tinggi kepada kemampuan rakyat Kanada untuk melunaskan bil mereka
- Rundingan NAFTA dan Perdagangan Bebas Antarabangsa yang semakin malap
- Pasaran perumahan yang melembab antara kesan langkah-langkah pengawalseliaan yang baharu terhadap pinjaman
- Kehadiran petunjuk kekurangan pada pasaran pekerjaan walaupun kadar pengangguran berada di tahap terendah
Kenaikan mendadak sektor pekerjaan telah berjaya menurunkan kadar pengangguran kepada 5.9 peratus pada bulan November, bacaan terendah yang pernah berlaku dalam tempoh empat dekad yang lalu dan kali pertama kadar itu jatuh di bawah 6 peratus sejak 2008.
USD/CAD pada minggu lepas membentuk bearish ‘mother candle’ di TF D1. Namun, penurunan itu terhenti pada paras 1.26844 berhampiran paras ‘support’ yang kritikal iaitu 1.26666. Semalam paras ‘support’ itu telahpun diuji namun harga tidak berjaya tutup di bawah paras kritikal tersebut.
Dijangkakan pasangan ini mampu dan mahu menguji paras ‘support’ kritikal ini sekali lagi pada minggu ini dan jika berjaya tembus, bakal membuka kepada peluang harga yang lebih rendah iaitu 1.25676.
COMMENTS