Eksport Jepun meningkat buat julung kali selepas 15 bulan

Eksport Jepun meningkat buat julung kali selepas 15 bulan

Pada Disember lalu industri eksport Jepun meningkat meningkat kali pertama sejak 15 bulan lalu kerana jualan elektronik dan alat ganti kenderaan agak

Pada Disember lalu industri eksport Jepun meningkat meningkat kali pertama sejak 15 bulan lalu kerana jualan elektronik dan alat ganti kenderaan agak memberangsangkan.

Ini menunjukkan tanda-tanda positif kepada negara yang sangat bergantung harap kepada eksport walaupun polisi terbaru ekonomi yang akan dibawakan Trump nanti sangat bersifat terlalu melindungi US sendiri.

Pada pagi Rabu Kementerian Kewangan Jepun melaporkan kegiatan eksport negara itu meningkat sebanyak 5.4% menjangkau jangkaan Reuters iaitu 1.2% dan jumlah penghantaran juga menambah sebanyak 8.4% sejak tahun lepas.

Data-data ini menunjukkan ekonomi Jepun masih kekal positif dan Bank Jepun akan menilai polisinya pada minggu hadapan untuk langkah-langkah seterusnya dalam meningkatkan pertumbuhan global.

Namun begitu ketidaktentuan ekonomi masih berlaku kerana Donald Trump telah mengeluarkan Amerika dari Pakatan kerjasama Trans Pasifik yang memberi impak negatif kepada negara-negara Asia.