EUR/USD Bakal Berhadapan Kejatuhan Yang Lebih Dalam?

EUR/USD Bakal Berhadapan Kejatuhan Yang Lebih Dalam?

EUR/USD berpotensi berpotensi menghadapi kejatuhan yang lebih besar pada masa yang terdekat berikutan ekonomi Zon Eropah dilihat berada pada landasan

EUR/USD berpotensi berpotensi menghadapi kejatuhan yang lebih besar pada masa yang terdekat berikutan ekonomi Zon Eropah dilihat berada pada landasan ke arah kemelesetan.

Jerman sebagai penggerak terbesar ekonomi EU telah menutup sempadan, sekolah, kawasan umum dan kedai-kedai bukan asas, menjadikan risiko kemelesetan melonjak tinggi.

Selain itu, hasil tinjauan Zew Jerman juga menunjukkan indeks keyakinan pelabur telah jatuh ke paras terendah sejak krisis kewangan yang lalu.

Gangguan yang berterusan ke atas ekonomi ini dijangka akan semakin rancak dalam masa yang terdekat, sekali gus menambah tekanan ke atas matawang EUR.

Pemulihan saham dan dolar AS juga menjadi salah satu faktor yang mendorong penurunan intraday terbesar EUR/USD ke paras terendah sejak Jun 2018 pada hari Selasa lalu.

Sebahagian pelabur menyambut baik keputusan Fed memperkenalkan program QE bernilai $700 billion dan pakej ransangan $1 trillion kerajaan AS bagi melemahkan impak koronavirus ke atas ekonomi.

Jika ransangan besar-besaran menerusi kewangan dan fiskal terus memberi kesan positif kepada sentimen dan memulihkan pasaran saham, EUR/USD berpotensi menguji dan memecahkan paras terendah semalam sekitar 1.0955.

Kathy Lien, pengarah urusan BK Asset Management menerusi notanya juga mengatakan bahawa mereka tidak akan terkejut jika EUR/USD menguji 1.05 pada beberapa bulan hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: