Harga Emas Meroket Berikutan Bekalan Yang Terhad & Ransangan Tanpa Batas Fed

Harga Emas Meroket Berikutan Bekalan Yang Terhad & Ransangan Tanpa Batas Fed

Harga emas bakal mencatat peratusan peningkatan harian terbesar lebih sedekad yang lalu apabila beberapa operasi perlombongan emas terpaksa dihentika

Kebuntuan Brexit Menyekat Peningkatan GBP/USD
Harga Emas Merosot Lebih $12, Adakah China Akan Jadi Penyelamat?

Harga emas bakal mencatat peratusan peningkatan harian terbesar lebih sedekad yang lalu apabila beberapa operasi perlombongan emas terpaksa dihentikan di samping pengenalan dasar Fed yang lebih longgar.

Tiga lombong emas terbesar di dunia, Valcambi, Argor-Hereus dan PAMP telah menggantungkan pengeluaran mereka di Switzerland sekurang-kurang selama seminggu berikutan perintah penutupan sementara industri bukan asas yang diputuskan oleh negara bagi membendung penularan covid-19.

Reuters melaporkan proses penapisan ketiga-tiga lombong tersebut mewakili satu per tiga bekalan tahunan emas di peringkat global.

Fed pula pada hari Isnin lalu telah mengisyaratkan bahawa bank pusat bersedia untuk membuat pembelian bon kerajaan dan MBF tanpa batas bagi membantu pasaran kewangan.

Penganalisis Goldman Sachs, Jeffery Currie menerusi nota kajiannya menganggap komoditi emas sebagai “pilihan terakhir matawang” dan menyebut volatiliti pasaran adalah terikat dengan wabak Covid-19 yang telah mengakibatkan penutupan operasi ekonomi hampir ke seluruh dunia.

“Kami telah lama mengatakan bahawa emas merupakan pilihan terakhir matawang, yang bertindak sebagai pelindung nilai daripada kejatuhan matawang apabila para pembuat dasar bertindak mengimbangkan kejutan sebagaimanya yang kita hadapi sekarang”, jelas beliau.

Sehingga jam 12.50 tengah malam, kontrak emas didagang sekitar $1,655.70 per auns, melonjak 5.65% atau $88.15, sementara spot emas (XAU/USD) naik $70 kepada $1,623 per auns.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: