Indeks USD Berundur, Saham Wall Street Pulih Dua Hari Berturut-turut

Indeks USD Berundur, Saham Wall Street Pulih Dua Hari Berturut-turut

Saham Wall Street seperti S&P dan Dow 30 (DJI) telah mencatat peningkatan dua hari berturut-turut selepas dewan Senat meluluskan pakej bantuan be

Pasaran Saham Global Melonjak Tinggi, Mood ‘Risk-on’ Ungguli Pembukaan Pasaran Minggu Ini
Pengukuhan Dollar Terus Membenam Harga Emas

Saham Wall Street seperti S&P dan Dow 30 (DJI) telah mencatat peningkatan dua hari berturut-turut selepas dewan Senat meluluskan pakej bantuan bernilai $2 trillion yang mana dijangka akan melalui undian pada hari Jumaat.

Indeks USD walau bagaimanapun berundur lebih 1% kepada 100.95 mata pada sesi yang lalu apabila hasil bon AS merekodkan pendakian intraday yang sederhana.

Pandemik koronavirus terus menular hampir ke seluruh dunia dengan jumlah mereka yang positif dijangkiti virus telah mencecah sekitar 490,000 dengan jumlah kematian meningkat kepada 20,800 orang.

Tamatnya penambahan kes jangkitan di China telah menjadikan Eropah dan AS sebagai negara yang mengalami peningkatan kes terbesar ketika ini.

Dolar merekodkan prestasi yang buruk berbanding pasangan matawangnya yang lain pada sesi yang lalu dengan EUR/USD naik 0.9% kepada 1.0885 sementara GBP/USD naik 0.6% dan tutup menghampiri paras 1.190.

Permintaan safe haven masih terhad namun tetap mendorong penyusutan 0.25% USD/JPY kepada 110.95

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: