Kelegaan Pound Terhad Selepas Membentuk ‘Double Top’, Tekanan Politik Menghalang Pemulihan

Kelegaan Pound Terhad Selepas Membentuk ‘Double Top’, Tekanan Politik Menghalang Pemulihan

Pound menarik nafas lega selepas Gabenor Bank Pusat England (BoE) Mark Carney menahan diri daripada mengulas lebih lanjut tentang perkembangan terkin

Pound menarik nafas lega selepas Gabenor Bank Pusat England (BoE) Mark Carney menahan diri daripada mengulas lebih lanjut tentang perkembangan terkini politik mahupun ekonomi.

Walaupun bagaimanapun pemulihan GBP/USD yang terhad telah membentuk double top di zon resistance 1.2745

Sebelum PM May mengumumkan peletakkan jawatan beliau sebagai ketua parti Konservatif secara rasmi pada hari ini, masih belum jelas siapakah yang bakal mengantikan beliau mengemudi pentadbiran UK.

Michael Gove melihat isu Brexit mungkin akan tertangguh lebih lama, namun pandangan tersebut berbeza dengan Boris Johnson dan Dominic Raab yang terkenal dengan pendukung tegar ‘hard Brexit’.

Ketiga-tiga nama di atas merupakan calon-calon pengganti May yang utama dan setiap individu mempunyai visi Brexit yang tersendiri.

Presiden Trump pula dilaporkan telah menawarkan UK dengan sebuah perjanjian ‘luar biasa’ selepas Brexit, dan beliau dilihat menginginkan tembok sempadan dibina antara Ireland Republik dan Ireland Utara, rancangan yang ditetang oleh sebahagian besar ahli politik UK.

Selain itu, Trump juga berjaya menaikkan dollar menerusi perang perdagangan dengan ancaman tarif baru ke atas China serta rundingan awal antara AS dan Mexico yang berakhir tanpa sebarang hasil.

Malah Trump turut mengatakan bahawa penguatkuasaan tarif ke atas Mexico belum cukup, dan mungkin akan terus menambahkannya seawal hari Isnin minggu hadapan.

Kebimbangan terhadap perkembangan politik di UK telah meningkatkan aliran safe haven termasuk greenback yang mana turut disokong oleh data PMI Perkhidmatan ISM yang lebih baik daripada jangkaan.

Fokus pada hari ini tertumpu kepada data rasmi NFP yang akan diterbitkan pada jam 8.30 malam selepas ADP NFP melaporkan penambahan pekerjaan swasta pada bulan Mei yang lebih rendah daripada ramalan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: