Lebihan Bekalan Minyak AS Terus Menjadi Penghalang Usaha OPEC

Lebihan Bekalan Minyak AS Terus Menjadi Penghalang Usaha OPEC

Harga minyak dijangka tidak akan naik melebihi $70 per barrel pada tahun ini dengan pasaran masih berbelah bahagi antara kesan usaha OPEC dan Russia m

Harga minyak dijangka tidak akan naik melebihi $70 per barrel pada tahun ini dengan pasaran masih berbelah bahagi antara kesan usaha OPEC dan Russia mengurangkan bekalan minyak atau pengeluaran minyak AS yang semakin meningkat tinggi.

Berdasarkan tinjauan 34 ahli ekonomi oleh Reuters, mereka meletakkan purata harga Brent berada sekitar $62.37 pada tahun 2018, lebih tinggi berbanding paras purata $59.88 yang dilihat berdasarkan tinjaun bulan yang lalu

Permintaan yang stabil serta komitment OPEC dan Rusia mengekang lebihan bekalan minyak global menjadi faktor utama yang menyokong kestabilan harga minyak semasa.

Walau bagaimanapun, pengeluaran minyak US yang naik 17% daripada pertengahan tahun 2016 dan kini menghampiri 10 juta tong sehari (bdp) dilihat akan menyukarkan usaha OPEC yang telah dijalankan sejak awal tahun lalu.

Berdasarkan tinjauan bulan Disember, purata harga minyak WTI berada di paras $55.78, dan untuk bulan Januari jangkaan meningkat kepada $58.11.

Penganalisis turut berpandangan bahawa terlalu awal untuk meletakkan sebarang jangkaan adakah OPEC akan meneruskan had pengeluaran 1.8 juta sehari selepas tamat tahun 2018 atau sebaliknya.

Data rasmi bekalan minyak mingguan yang dikeluarkan oleh EIA sebentar tadi menunjukkan peningkatan mendadak kepada 6.776 juta tong, lebih tinggi berbanding jangkaan yang melihat peningkatan sebanyak 126 ribu tong.

Harga WTI kini didagang sekitar $64.31, susut 0.31%, manakala minyak Brent pula berada di paras $68.42, jatuh 0.20% pada jam 11.40 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: