Mnuchin: Bantuan Tunai Covid-19 Akan Diserahkan Dalam Tempoh Tiga Minggu

Mnuchin: Bantuan Tunai Covid-19 Akan Diserahkan Dalam Tempoh Tiga Minggu

Steven Mnuchin, Setiausaha Perbendaharaan AS berkata rakyat Amerika akan mula menerima pembayaran tunai bagi mengurangkan beban kewangan akibat krisi

Emas Menamatkan Siri Kejatuhan 3 Minggu Berturut-turut
Kelegaan Pound Terhad Selepas Membentuk ‘Double Top’, Tekanan Politik Menghalang Pemulihan

Steven Mnuchin, Setiausaha Perbendaharaan AS berkata rakyat Amerika akan mula menerima pembayaran tunai bagi mengurangkan beban kewangan akibat krisis Covid-19 dalam tempoh tiga minggu.

Dalam sesi temuramah beliau di CNBC, Mnuchin mengatakan kebanyakkan rakyat akan menerima bantuan kewangan tersebut menerusi deposit langsung ke dalam akaun bank mereka setelah pakej bantuan ekonomi kongres bernilai $2 trillion diluluskan.

Beliau menggesa supaya dewan parlimen bertindak pantas mengundi bill bantuan yang telah dipersetujui oleh dewan Senat dengan memetik ucapan Trump, “Kami berazam untuk menyerahkan wang ke dalam poket rakyat dengan kadar segera”.

Ketika disoal mengenai lonjakan angka pengangguran, Mnuchin mengatakan bahawa data tersebut hanya memberi gambaran impak jangka masa pendek akibat wabak yang mana telah mengakibatkan tuntutan faedah pengangguran melonjak melebihi tiga juta permohonan pada minggu lalu.

Walau bagaimanapun beliau mengatakan bill bantuan yang akan dikuatkuasakan akan menyelamatkan mereka yang menghadapi bebanan kewangan.

Namun, Mnuchin tetap berharap agak syarikat-syarikat industri dapat mengambil semula para pekerja sebagaimana yang dilakukan oleh peniaga-peniaga runcit.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: