Jangkaan GDP NIESR UK Selepas pound ditekan pada sesi yang lalu berikutan kebimbangan pasaran dengan keputusan yang akan diperoleh melalui rund
Jangkaan GDP NIESR UK
Selepas pound ditekan pada sesi yang lalu berikutan kebimbangan pasaran dengan keputusan yang akan diperoleh melalui rundingan Brexit, jangkaan GDP bulanan oleh Institut Ekonomi & Kajian Sosial Negara (NIESR) hari ini akan diberi perhatian.
Bacaan tersebut mengukur perubahan nilai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh ekonomi dalam tempoh 3 bulan.
Data-data seperti ini akan diteliti dengan tujuan membantu jangkaan para pelabur sebelum kerajaan mengeluarkan bacaan suku tahunan GDP yang rasmi.
.Tuntutan Insurans Pengangguran US
Selepas dua hari tanpa sebarang data berimpak tinggi, hari ini (Khamis) Jabatan Buruh Amerika akan mengeluarkan bacaan kadar tuntuan insurans pengangguran bagi minggu yang berakhir pada 4 November lalu.
Pasaran menjangkakan tuntutan meningkat sebanyak 2,000 kepada 231,000 pada minggu lepas.
Jumlah dagangan dalam dolar secara keseluruhannya lemah berikutan pasaran menantikan data-data berimpak tinggi bagi menentukan hala tuju matawang yang lebih jelas.
COMMENTS