Nilai Emas Susut Hampir $30 Dalam Sehari, Terbenam Ke Paras Terendah Mingguan

Nilai Emas Susut Hampir $30 Dalam Sehari, Terbenam Ke Paras Terendah Mingguan

Harga emas jatuh ke paras terendah mingguan, didagang di bawah $1,400 pada hari Isnin yang lalu apabila pendamaian sementara antara AS-China telah me

Harga emas jatuh ke paras terendah mingguan, didagang di bawah $1,400 pada hari Isnin yang lalu apabila pendamaian sementara antara AS-China telah memulihkan ‘risk appetite’ pelabur, sekali gus menekan permintaan logam safe haven emas.

Kontrak emas bagi bulan Ogos di Comex dan harga emas spot (XAU/USD) kedua-duanya telah susut hampir 2%, berundur lebih $20 daripada penutupan harga minggu yang lalu.

Sehingga jam 6.35 pagi, XAU/USD didagang pada harga $1,384.35 per auns sementara kontrak emas bagi bulan Ogos di Comex NYMEX berada sekitar paras $1,387.05 per auns.

Pertemuan Trump dan Xi Jinping pada persidangan G20 berakhir dengan nada yang positif apabila kedua-dua negara bersetuju untuk memulakan semula rundingan perdagangan yang terhenti sejak bulan Mei yang lalu.

Bagi mengurangkan ketegangan hubungan bersama China, Trump berjanji akan menghentikan penguatkuasaan tarif baru dan akan berbincang lebih lanjut mengenai sekatan yang dikenakan ke atas syarikat Huawei.

Beijing pula dilaporkan bersetuju untuk kembali ke meja rundingan dan membeli produk-produk pertanian yang baru daripada AS tanpa sebarang penetapan khusus.

Pendamaian sementara antara dua kuasa besar ini telah memulihkan keinginan risiko pelabur sehingga menolak saham ekuiti ke paras yang lebih tinggi, sekali gus mengurangkan daya tarif aset safe haven seperti emas.

Ahli ekonomi melihat penurunan harga ini sebagai bentuk pembetulan yang positif selepas pasaran emas melalui proses pembelian yang besar empat minggu berturut-turut.

Namun begitu, halangan isu pertumbuhan global yang perlahan masih berada di hadapan, oleh itu tiada perubahan jangka masa pendek kepada sederhana bagi outlook fundamental emas dijangkakan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: