Optimis Dengan Perkembangan Isu Perang Perdagangan, Emas Kekal Di Zon Terendah Mingguan

Optimis Dengan Perkembangan Isu Perang Perdagangan, Emas Kekal Di Zon Terendah Mingguan

Kebimbangan terhadap isu perdagangan kian mereda sejak hari Khamis apabila AS dan China mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan rundingan seawal bu

Kebimbangan terhadap isu perdagangan kian mereda sejak hari Khamis apabila AS dan China mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan rundingan seawal bulan hadapan.

Optimis pasaran terhadap perkembangan tersebut mengembalikan sentimen risiko global yang dibuktikan melalui pemulihan pasaran ekuiti dan pengunduran instrumen safe haven seperti emas.

Sehingga jam 4 petang, kontrak futures emas di Comex NYMEX susut $4.00 kepada $1,532.90 per auns, kekal di paras terendah mingguan.

Pemulihan dollar dengan sokongan peningkatan hasil bon yang bergerak selari dengan angka GDP AS Q2 yang lebih baik, turut menjadi faktor menekan pasaran emas.

Walau bagaimanapun, para pembeli emas masih dalam zon yang selesa berikutan jangkaan untuk melihat rate cut kedua Fed sebanyak 25 mata asas pada bulan September semakin menguat.

Fokus pelabur kini tertumpu kepada angka perbelanjaan peribadi dan indeks PCE Teras pada sesi dagangan AS yang akan memberi peluang bagi dagangan jangka pendek pada hari terakhir dagangan minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: