Pasaran Saham Global Melonjak Tinggi, Mood ‘Risk-on’ Ungguli Pembukaan Pasaran Minggu Ini

Pasaran Saham Global Melonjak Tinggi, Mood ‘Risk-on’ Ungguli Pembukaan Pasaran Minggu Ini

Pasaran saham global mencatat peningkatan yang kukuh pada hari Isnin berikutan ketegangan hubungan perdagangan yang kian mereda telah memulihkan kein

Pasaran saham global mencatat peningkatan yang kukuh pada hari Isnin berikutan ketegangan hubungan perdagangan yang kian mereda telah memulihkan keinginan risiko pelabur.

Presiden Trump dan Presiden Xi Jinping bersetuju untuk meneruskan semula rundingan perdagangan selepas kedua-dua mereka bertemu pada persidangan G20 hujung minggu yang lalu.

Trump bersetuju untuk menghentikan sementara sebarang penambahan tarif dan akan berbincang lebih lanjut mengenai sekatan yang dikenakan ke atas Huawei.

China pula bersetuju untuk membeli produk-produk pertanian yang belum ditetapkan daripada AS.

Risk-on mood mengungguli pembukaan pasaran minggu ini dengan saham Asia naik lebih 2% sementara saham Eropah melonjak ke paras tertinggi dua bulan yang lalu.

Saham futures AS juga mengisyaratkan pembukaan Wall Street yang tinggi dengan kontrak Dow Jones 30 menunjukkan penambahan tiga digit sekitar 276 mata, sementara kontrak S&P 500 naik lebih 30 mata dan kontrak Nasdaq 100 didagang lebih 120 mata.

Tindakan AS-China menghentikan sementara serangan tarif turut melemahkan jangkaan rate cut Fed yang lebih agresif pada tahun ini, sekali gus mengurangkan permintaan kepada aset-aset safe haven seperti emas, yen dan bon.

Namun begitu, sebahagian penganalisis tetap menyuarakan keraguaan mereka apakah keputusan Trump dan Xi di atas berupaya mengurangkan tekanan untuk jangka masa yang lebih lama dalam keadaan ketidaktentuan masih menyelubungi keyakinan perbelanjaan syarikat dan pertumbuhan global.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: