Powell: Pembukaan Semula Ekonomi Bergantung Kepada Tahap Pengawalan Virus

Powell: Pembukaan Semula Ekonomi Bergantung Kepada Tahap Pengawalan Virus

Pengerusi Fed Jerome Powell pada hari Khamis mengatakan bahawa pembukaan semula ekonomi adalah bergantung sejauh mana kemajuan negara dalam menangani

Preview News Penting Buat EUR & USD: 29/1/2018
Greenback Mengukuh, Xi Jinping Sedia Membalas Serangan Trump

Pengerusi Fed Jerome Powell pada hari Khamis mengatakan bahawa pembukaan semula ekonomi adalah bergantung sejauh mana kemajuan negara dalam menangani penularan wabak koronavirus.

Beliau juga menjamin bahawa bank pusat akan terus mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi membantu jika berlakunya proses pemulihan yang mendadak.

Menerusi wawancara bersama Today Show NBC, beliau menyebut AS “berkemungkinan dalam kemelesetan, namun yakin akan kembali kepada sedia kala apabila virus dapat dikawal”.

Kenyataan Powell dikeluarkan sejam sebelum data menunjukkan rekod peningkatan terbesar dalam sejarah pada tuntutan insurans pengangguran kepada 3.28 juta permohonan.

Angka tersebut mengisyaratkan bahawa ‘penjarakan sosial’ bagi menangani pandemik sedang berlangsung, dan berkemungkinan menamatkan perkembangan pertumbuhan ekonomi AS lebih sedekad yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: