Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 30/08/2019

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 30/08/2019

Jerman yang merupakan nadi penggerak kepada ekonomi EU akan menerbitkan data jualan runcit pada jam 2 petang. Volatiliti pada angka jualan adalah

Dollar-Loonie Jadi Tumpuan Hari Ini
Pound: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 31/10 – 04/11/2016

Jerman yang merupakan nadi penggerak kepada ekonomi EU akan menerbitkan data jualan runcit pada jam 2 petang.

Volatiliti pada angka jualan adalah tinggi dan aktiviti pengguna Jerman pada bulan lepas dijangka merosot dengan kadar jualan jatuh daripada 3.5% kepada -1.3% (MoM).

Zon Eropah pula akan menerbitkan bacaan awal indeks CPI bagi bulan Ogos pada jam 5 petang selepas pasaran dikejutkan dengan penurunan kadar inflasi bulan Julai yang lalu.

Indeks CPI dijangka mengekalkan peningkatan 1.0% sementara bacaan Teras yang mengecualikan harga makanan dan tenaga pula dijangka pulih daripada 0.9% kepada 1.0%

Kelemahan pada tekanan inflasi turut menjadi pendorong kepada ECB untuk mula memperkenalkan pemotongan kadar faedah dalam masa yang terdekat, sekali gus berpotensi menekan matawang EUR.

Pada jam 8.30 malam, pasaran akan mengemas kini data indeks PCE yang menjadi rujukan inlfasi utama Fed dan akan digunakan untuk menilai apakah kelembapan ekonomi global mula menghimpit aktiviti pengguna di AS.

Indeks PCE Teras yang mengira perbelanjaan selain kos makanan dan tenaga dijangka naik 0.3% (MoM) pada bulan Julai namun kekal dengan peningkatan 1.6% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY).

Pada waktu yang sama, data GDP Kanada yang diterbitkan secara bulanan akan mendapat perhatian berikutan bacaan bagi bulan Jun akan menyimpulkan keseluruhan pertumbuhan bagi suku tahun kedua.

Ekonomi Kanada berkembang lebih pesat berbanding negara maju yang lain dan selapas naik 0.2% pada bulan Mei, kadar pertumbuhan yang lebih rendah dijangkakan pada bulan Jun sekitar 0.1%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: