Menjelang laporan minit mesyuarat yang dinantikan pasaran minggu ini, para pelabur akan mengemas kini terlebih dahulu perkembangan sektor pekerjaan A
Menjelang laporan minit mesyuarat yang dinantikan pasaran minggu ini, para pelabur akan mengemas kini terlebih dahulu perkembangan sektor pekerjaan AS menerusi laporan JOLTs.
Jabatan Buruh akan mengeluarkan data bagi Job Openings and Labor Turnover Survey (JOLTs) bermula jam 10 malam yang mana kekosongan pekerjaan jatuh daripada 7.22 juta kepada 7.19 pada bulan Ogos.
Selain itu, ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell pada jam 11 malam turut menjadi perhatian selepas beliau pada hari Selasa mengatakan Fed akan menerbitkan beberapa bon bertempoh matang pendek bagi menyelesaikan sebahagian isu pendanaan di dalam pasaran hutang jangka pendek.
Beliau juga menyebut bahawa ekonomi masih berkembang dengan baik dan bukan dalam keadaan ‘overheating’ yang berpotensi meningkatkan tekanan inflasi secara mendadak.
Kemudian fokus pasaran kembali tertumpu kepada minit mesyuarat yang akan dikeluarkan oleh Federal Reserve pada jam 2 pagi bagi mencari petunjuk yang baru terhadap pandangan bank pusat menjelang mesyuarat dasar seterusnya.
Pada pertemuan yang lalu, tiga ahli FOMC telah menolak untuk diturunkan kadar faedah pada bulan September. Apakah ahli yang hawkish masih menguasi atau adakah bank pusat lebih bimbang dengan perkembangan ekonomi global?.
Kedua-dua persoalan diatas menjadi isu terpenting yang akan dikaji menerusi butiran minit kali ini supaya dapat membentuk jangkaan yang lebih kukuh terhadap keputusan yang akan diambil oleh bank pusat pada mesyuarat dasar bulan ini.
COMMENTS