Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 29/10-02/11/2018

Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 29/10-02/11/2018

Divergence di D1 + Oversold di D1 petanda DXY nak terjun minggu depan? DXY seolah-olah terhenti di Upper Trendline dalam Ascending Channel seperti

Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 08/10-12/10/2018
Nilai Emas Susut Hampir $30 Dalam Sehari, Terbenam Ke Paras Terendah Mingguan

Divergence di D1 + Oversold di D1 petanda DXY nak terjun minggu depan?

DXY seolah-olah terhenti di Upper Trendline dalam Ascending Channel seperti yang digambarkan dalam rajah. Semakan lanjut mendapati ada pembetukan Divergence di D1. Dengan DXY sudah berada dalam posisi Oversold (Stochastics D1). SBR  terdekat adalah di 96.86, 97.48 dan 98.11. RBS pula ada di 85.84, 95.26 dan 94.67. Cadangan minggu hadapan? Jualan dalam dagangan selagi High 2018 kekal kukuh.

 

EURUSD mahu membentuk New Low 2018?

Indikator Stochastics di D1 ada pembentukan Divergence ke arah belian dan ia disokong dengan CSR terakhir Jumaat lepas Bullish Engulfing. EURUSD juga kembali dalam posisi Overbought  daripada minggu lepas. Berpandukan indikator Stohcastics, ada kemungkinan ianya akan naik dahulu minggu depan. RBS terdahulu adalah di 1.13655, 1.12993 dan 1.12135. SBR terdekat pula adalah di 1.14320, 1.14755, dan 1.15265. Cadangan minggu hadapan? Belian dalam dagangan apabila EURUSD melakukan pembetulan pasaran ke harga yang lebih rendah.

 

GBPUSD mahu lakukan pembetulan pasaran sebelum terjun lebih jauh?

GBPUSD ditutup lemah di W1 minggu lepas dengan pembentukan CSP Mother Candle. Pemerhatian lanjut di TF D1, menunjukkan GBPUSD mengakhiri pasaran Jumaat dengan CS Pinbar. SBR terhampir munggu depan adalah di 1.28445, 1.29210 dan 1.30095. Pergerakan ke bawah mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menguji RBS di 1.27745, 1.27210 dan 1.26605. Cadangan minggu hadapan? Jualan dalam dagangan bagi menguji semula tempat Breakout seperti yang digambarkan dalam rajah dan menuju ke bawah.

 

New Low 2018 lagi minggu hadapan?

AUDUSD berjaya membuat New Low 2018 lagi minggu lepas. Namun Indikator Stochastics di D1 mengarah ke arah jualan. SBR terdahulu adalah di 0.71315, 0.71660 dan 0.71977. RBS terhampir adalah di 0.70400, 0.70010 dan 0.69720. Cadangan minggu depan? Belian dalam dagangan selagi harga terendah minggu lepas masih kekal.

 

USDJPY keluar daripada Oversold dan ia petanda akan membuat pembetulan pasaran ke atas dan terjun?

Minggu lepas di W1 dan D1 ada menunjukkan CSR Bearish Engulfing. Di D1 pula dapat diperhatikan USDJPY sudah ditutup di bawah Trendline seperti yang digambarkan dalam rajah. Jika USDJPY terus susut minggu depan, RBS yang mungkin diuji adalah di 112.450, 112.890 dan 113.290. Jika ia memilih untuk melakukan lagi penyusutan pasaran ke harga lebih rendah, RBS terdekat adalah di 111.615, 111.115 dan 110.690. Jika diperhaluusi di Monthly, indikator Stochastic masih dalam posisi Overbought. Cadangan minggu depan? jualan dalam dagangan dalam apabila USDJPY melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih tinggi.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

Wallahualam…

Buka Akaun Bersama Saya Untuk Signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: