Status Safe Haven JPY Tergugat, Jumlah Jangkitan Koronavirus Naik Mendadak

Status Safe Haven JPY Tergugat, Jumlah Jangkitan Koronavirus Naik Mendadak

Penularan wabak koronavirus di Jepun kini dilihat berpotensi menggugat status Yen Jepun sebagai matawang safe haven dengan USD/JPY sehingga jam 4.15

Penularan wabak koronavirus di Jepun kini dilihat berpotensi menggugat status Yen Jepun sebagai matawang safe haven dengan USD/JPY sehingga jam 4.15 petang di dagang sekitar 108.24, naik 0.32%

Pasangan matawang ini pada hari Khamis lalu bergerak mendatar sehingga memasuk sesi dagangan Wall Street di mana pengukuhan saham AS dan lonjakan harga minyak telah menolak naik USD/JPY daripada 107.20 kepada 108.

Ciapan Tweeter Trump mengenai jangkaan bahawa OPEC+ dan Rusia akan mula memotong pengeluaran minyak mereka sehingga 10-15 juta tong sehari menjadi pendorong utama kepada pemulihan pasaran kewangan dalam skala yang lebih meluas.

Sementara jumlah kes jangkitan Covid-19 pula telah melebihi 1 juta tong dan Jepun sedang menghadapi peningkatan mendadak sehingga memaksa para pembuat dasar kembali ke meja rundingan bagi perbincangan tergempar mengenai arahan dan bantuan fiskal yang baru.

Matawang Yen dilihat terdedah dengan suasana semasa berikutan fokus pelabur kemabli tertumpu kepada kerapuhan ekonomi yang mana berpotensi melemahkan matawang.

Selain itu, tindakan Bank pusat Jepun (BoJ) juga hanya terhad kepada meneruskan dasar monetari yang telah longgar dan meneruskan pembelian sekuriti ETF (Exchange-traded fund).

Data AS pula menunjukkan lonjakan mendadak tuntutan insurans pengangguran kepada 6.648 juta permohonan pada minggu lalu, melebihi 3.283 juta pada minggu sebelumnya, menjadikan jumlah permohonan sepanjang dua minggu lepas mencecah hampir 10 juta tuntutan.

Namun, tiada reaksi yang agresif daripada para pelabur dan Westpac mengatakan bahawa angka tersebut masih di antara kumpulan jangkaan penganalisis secara meluas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: