Trump: Pelonggaran Sekatan & Pembukaan Semula Aktiviti Ekonomi Hanya Berdasarkan Fakta & Data

Trump: Pelonggaran Sekatan & Pembukaan Semula Aktiviti Ekonomi Hanya Berdasarkan Fakta & Data

Presiden AS Donald Trump pada hari Selasa telah mengadakan mesyuarat Pasukan Petugas bagi membincangkan langkah-langkah terkini bagi menangani impak

Presiden AS Donald Trump pada hari Selasa telah mengadakan mesyuarat Pasukan Petugas bagi membincangkan langkah-langkah terkini bagi menangani impak Covid-19 ketika

Trump berkata bahawa keputusan kerajaan untuk melonggarkan kembali sekatan dan membuka semula aktiviti ekonomi negara hanya akan dibuat berdasarkan fakta dan data.

Namun begitu, beliau menyuarakan harapan untuk melihat operasi perniagaan mula dijalankan bermula hari Easter, 12 April tahun ini.

“Saya menginginkan perniagaan dibuka semula pada hari Easter. Itu yang akan saya akan beritahu anda ketika ini”, jelas Trump menerusi Fox News ketika berlangsungnya perbincangan mengenai penutupan ekonomi AS yang bertujuan memperlahankan penularan virus.

Beliau ketika mengulas tindakan-tindakan lanjut kepada wartawan di White House menyuarakan pandangan bahawa Akta Pengeluaran Pertahanan tidak akan digunakan, namun tetap menyenaraikannya sebagai pilihan jika keadaan mendesak.

Pandemik Covid-19 telah membunuh hampir 700 orang di AS dengan lebih 50,000 kes disahkan positif.

Keadaan ini telah memaksa sebahagian besar negara termasuk Amerika syarikat untuk mengumumkan perintah berkurung bagi lebih 100 juta rakyat atau 1/3 populasi di dalam negara, sekali gus mengakibatkan ribuan operasi perniagaan dan jutaan pekerja terpaksa dihentikan seketika.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: