USD Terus Merosot Menjelang Tinjauan Semula Data GDP Q4 & Tuntutan Insurans Pengangguran Minggu Lalu

USD Terus Merosot Menjelang Tinjauan Semula Data GDP Q4 & Tuntutan Insurans Pengangguran Minggu Lalu

Pembetulan indeks USD bergerak semakin jauh daripada paras tertinggi tiga tahun lalu sekitar 103 berikutan nada risiko pasaran pulih disokong oleh pa

Keputusan Kadar BOE Jadi Tumpuan Pasaran Selepas FOMC
Impak Positif Laporan Pekerjaan UK Hanya Bersifat Sementara?

Pembetulan indeks USD bergerak semakin jauh daripada paras tertinggi tiga tahun lalu sekitar 103 berikutan nada risiko pasaran pulih disokong oleh pakej-pakej ransangan yang diperkenalkan oleh Fed dan pentadbiran Trump

Sehingga jam 2.30 petang, indeks dolar AS yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama lain meneruskan penurunan di bawah 101, dan sokongan di zon 100.60 pada sesi Eropah.

Dolar AS secara keseluruhan masih dalam keadaan bertahan pada minggu ini terutamanya selepas Fed mengumumkan pakej ransangan tanpa had pada hari Isnin dan bill bantuan Covid-19 bernilai $2 trillion yang akan diluluskan oleh Senat pada hari Jumaat.

Fokus pasaran juga tertumpu kepada angka tinjauan semula GDP Q4 yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam, diikuti data imbangan perdagangan bulan Februari dan jangkaan lonjakan mendadak tuntutan insurans pengangguran pada minggu lalu, minggu pertama perintah berkurung dilaksanankan di AS.

Secara teknikal, indeks USD telah menurun 0.21% kepada 100.82, menghampiri support 100.50, kemudian diikuti 99.90 dan 98.50.

Breakout melepasi paras 103 mata (paras tertinggi 20 Mac) pula akan membuka laluan kepada indeks untuk terus naik menguji 103.65 (paras tertinggi bulan Disember 2016) dan 103.80 (paras tertinggi bulan Januari 2017).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: