11 Sektor Ekonomi Lagi Dibenarkan Beroperasi Di Dalam Negeri Fasa 1 PPN

11 Sektor Ekonomi Lagi Dibenarkan Beroperasi Di Dalam Negeri Fasa 1 PPN

Sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini. Mesyuarat Jawatank

Sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini mengumumkan kebenaran operasi 11 jenis perniagaan di bawah sektor pekerjaan dan ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kemudahan dan perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi perlu memenuhi syarat vaksin yang ditetapkan di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di dalam negeri Fasa 1 berkuat kuasa pada 17 September ini ialah:

  1. Kedai barang dan perkhidmatan fotografi
  2. Kedai barangan terpakai
  3. Kedai bunga atau nurseri
  4. Kedai kraftangan dan cenderahati
  5. Kedai antik
  6. Kedai alat permainan
  7. Kedai permaidani
  8. Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif
  9. Kedai outdoor termasuk peralatan perkhemahan dan memancing
  10. Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi
  11. Kedai tembakau, vape dan rokok elektronik

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan kebenaran operasi bagi pembekalan mineral dan bahan batuan termasuk pasir serta pergerakan dari tenemen mineral kuari atau tapak pengorekan ke premis atau tapak projek pembinaan infrastruktur awam utama.

Kebenaraan bagi kerja pembinaan bangunan serta premis industri dan perkhidmatan turut diberikan.

Pengeksportan mineral dan bahan batuan termasuk pasir sungai ke luar negara dan perladangan berasaskan kayu dan kenaf juga dibenarkan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: