2 Faktor Memandu EUR/USD Untuk Membuat Kejutan Pada Minggu Ini

2 Faktor Memandu EUR/USD Untuk Membuat Kejutan Pada Minggu Ini

EUR/USD kini berhadapan dengan pengalaman yang berbeza berbanding minggu lalu, bergerak di dalam julat yang kecil di dalam dua sesi dagangan hari Isni

EUR/USD kini berhadapan dengan pengalaman yang berbeza berbanding minggu lalu, bergerak di dalam julat yang kecil di dalam dua sesi dagangan hari Isnin.

Permintaan euro pada minggu lalu melonjak didorong oleh pemulihan sentimen risiko sehingga mengukuhkan saham-saham global, serta menekan dollar.

Hal ini telah menyebabkan EUR/USD membentuk ‘double bottom’ di paras 1.1300 dan mencatat rekod tertinggi 1.1455 sebelum berundur ke paras 1.1385 sepanjang minggu lepas.

Penurunan pada saat-saat akhir berpunca daripada perkembangan baik isu perdagangan AS dan China.

Walau bagaimanpaun, laporan yang mengatakan bahawa Trump telah mengarahkan kabinet beliau untuk menyediakan satu perjanjian perdagangan dilihat masih terlalu awal dan mungkin hanya dikeluarkan bersempena pilihan raya pertengahan penggal AS.

Penyusutan saham Asia pada hari Isnin juga kembali menekan semula mood pasaran dan menghadkan peningkatan EUR/USD.

Mengenai pilihan raya di AS, polls yang dikeluarkan oleh Financial Times menunjukkan parti Demokratik mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk memenangi pilihan raya sementara parti Republik pula dijangka dapat mengekalkan jawatan Senat.

Kumpulan kerajaan yang sedang berpecah akan mengurangkan keupayaan Trump untuk meluluskan pemotongan cukai, perjanjian perdagangan dan sebarang bentuk perubahan regulasi.

Namun begitu, jika parti Republik membuat kejutan mengalahkan parti Demokratik, greenback berpotensi melonjak lebih tinggi

Di Eropah pula, pasaran sedikit reda berikutan konflik antara Itali dan Suruhanjaya Eropah (EC) masih belum menunjukkan sebarang kemajuan.

EC telah menolak belanjawan yang dibentangkan oleh Itali dan ditetapkan untuk memberi jawapan pada 13 November hadapan.

Perkembangan positif daripada Brexit pula dilihat tidak berjaya memberi sokongan yang kuat kepada euro dan fokus kini tertumpu kepada mesyuarat kabinet UK pada hari esok.

Walaupun apapun, dua faktor di atas (Brexit & Pilihan Raya Pertengahan Penggal AS) akan menjadi katalis kepada tindak balas besar pergerakan EUR/USD.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: