2,713 Perusahaan Kecil & Sederhana (SME) Gulung Tikar Akibat Covid-19

2,713 Perusahaan Kecil & Sederhana (SME) Gulung Tikar Akibat Covid-19

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam sesi perbentangan di Dewan Rakyat semalam berkata, laporan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) menu

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam sesi perbentangan di Dewan Rakyat semalam berkata, laporan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) menunjukkan sebanyak 2,713 perusahaan kecil dan sederhana (PKS @ SME) telah menutup perniagaan sepanjang Mac sehingga 30 Oktober 2020.

Angka penutupan tersebut termasuk 221 majikan yang telah menerima Program Subsidi Upah (PSU) sebagaimana yang direkodkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketika disoal mengenai jumlah kemuflisan individu akibat pandemik, Datuk Saravanan berkata Kementerian Sumber Manusia tidak mempunyai maklumat tersebut kerana ianya di bawah bidang kuasa Jabatan Insolvensi Malaysia.

“Bagaimanapun, dalam hal ini, kerajaan telah mengambil langkah dengan menaikkan amaun keterhutangan daripada RM50,000 kepada RM100,000 untuk mengurangkan kes kebankrapan melalui Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020, (Akta 829),” jelas beliau.

Antara isu lain yang dibangkitkan adalah bilangan majikan yang menerima subsidi upah, namun tidak menyalurkan wang tersebut kepada pekerja.

Sehingga 11 November 2020, Perkeso telah menerima sebanyak 388 aduan mengenai salah guna bayaran PSU oleh majikan yang melibatkan dana hampir 20 juta.

Menurut Perkeso, 156 kes tuntutan palsu dan salah guna dana PSU telah dikenal pasti dan majikan yang terlibat akan dituntut mengembalikan bayaran yang diterima.

Sementara itu, Perkeso juga akan menggantung pembayaran kepada majikan yang disyaki membuat tuntutan palsu sehingga siasatan ke atas aduan selesai.

Pada masa sama, Saravanan berkata Perkeso juga mengenal pasti dan menyenarai hitamkan 5,537 majikan yang telah melanggar terma dan syarat PSU seperti pemberhentian pekerja dan tidak membayar caruman kepada Perkeso.

Sebagai langkah pemantauan dan makluman oleh para pekerja, Perkeso juga akan memaparkan senarai majikan yang menrima bantuan PSU di Portal Rasmi Prihatin Perkeso.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: