Pernah kah anda melihat pagi yg cerah tetapi tetap menjangkakan petang ini hujan akan turun? Apa yg akan anda buat bila mengalami situasi seperti ini?
Pernah kah anda melihat pagi yg cerah tetapi tetap menjangkakan petang ini hujan akan turun? Apa yg akan anda buat bila mengalami situasi seperti ini? Pasti saja anda akan menyediakan payung bukan. Kerana dilihat dari hari hari sebelumnya, walaupun pagi cuaca adalah cerah, pada sebelah petangnya, kebelakangan ini cuaca tetap hujan. Anda mendengar ramalan cuaca, menjangkakan tiada hujan di sebelah petang. Akan tetapi di dalam hati anda, “hmm aku rasa, petang ni memang hujan kut”.
Inilah yg dipanggil sebagai sentimen. Sentimen lebih merupakan faktor emosi anda mendorong anda dalam membuat pilihan. Ramalan cuaca menyatakan peluang yg tipis untuk hujan, tiada awan mendung di langit. Tetapi sekiranya hujan turun jua, pasti anda akan basah kuyup, di atas kerisauan ini, anda mengambil langkah untuk membawa payung sebagai langkah berjaga jaga.
Didalam dagangan FOREX, sentimen merupakan faktor yg menyumbang peranan yg amat besar dalam mentukan harga harga sesuatu currency itu sendiri. Kita sedia maklum, ada pedagang pedagang besar di dalam FOREX yg mampu menggerakkan pasaran. Sentimen dari “rumah” besar seperti ini mampu mkengubah pergerakan dan trend market walaupun terkadang berlawanan dari sudut fundamental dan teknikal.
Kerisauan, dalam ke tidak tentuan dagangan menjadikan kesan kesan yg terkadang di luar pemikiran dan logik akal kita. Contoh nya, mengambil kira faktor pair YEN. Beberapa major Currency sepatutnya dari segi teknikal telah menemui support bulanan. Dari segi fundamental pula NIRP yg dilaksanakan sepatutnya menyebabkan penjualan YEN secara besar besaran. Akan tetapi, SENTIMEN pasaran yg menganggap ekonomi Jepun tidak akan terlalu terjejas sekiranya apa apa berlaku di EROPAH , USA dan CHINA, menjadikan YEN sebagai pilihan matawang selamat untuk menyimpan, dan di dalam terma forex nya dipanggil SAFE HAVEN currency.
Pernah sekali saya berada didalam dagangan, menjual AUDUSD ketika rate cute yg dilakukan oleh RBA pada pertengahan 2015. Pada mulanya harga bergerak lebih 100 pips, bayangkan senyuman saya ketika itu. Melalui kaedah BBMA yg saya pelajari ketika itu ada re entry Daily yg mendorong kejatuhan itu, Nah, FUNDAMENTAL, TEKNIKAL memihak saya. Saya jangkakan di FIBO daily, ada ratusan pips lagi nak jatuh. Akan tetapi, setelah ucapan, dari Gabenor Australia, mengatakan munkin tiada rate cut untuk bulan seterusnya, bygkan harga boleh kembali ke paras harga sebelum Rate CUT. Bagaimana ia terjadi? Ganjil bukan? Kebimbangan para trader mengenai tiada lagi seller bagi AUD untuk bulan mendatang, sedangkan CUT RATE baru sahaja 30 minit yg lalu. Serta data data positif bagi USD tidak dapat menghalang pergerakan BULLISH AUDUSD.
Saya rasa sekarang anda mungkin sudah mendapat serba sedikit idea mengenai sentimen di dalam dagangan forex. Happy Trading.
COMMENTS