kwsp epf akaun 3

3.6 Juta Ahli KWSP Pindahkan RM11.52 Bilion Ke Akaun Fleksibel

Sejumlah RM11.52 bilion telah dipindahkan ke Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat 24 Jun lalu, kata Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

MoF berkata jumlah tersebut merangkumi 3.61 juta atau 27.8 peratus daripada 13.01 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun.

Tambah Kementerian lagi, kira-kira RM5.12 bilion telah juga dipindahkan ke Akaun 1 atau akaun persaraan.

“Menerusi akaun fleksibel (Akaun 3), ahli-ahli KWSP boleh mengakses simpanan mereka pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun tanpa had.

“Sehubungan itu, tiada lagi keperluan untuk meneruskan skim pengeluaran bersasar,” kata Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

MoF juga berkata bahawa inisiatif ini adalah langkah proaktif untuk membantu orang ramai menghadapi perubahan landskap pekerjaan, penduduk yang semakin tua, dan perubahan keperluan mengikut kitaran hayat ahli KWSP.

“Antara ahli yang membuat pilihan untuk memiliki jumlah permulaan, 41,000 ahli yang sebelum pemindahan tidak mencapai tahap simpanan asas mengikut umur kini mencapai tahap simpanan asas mengikut umur berikutan pemindahan sebahagian daripada simpanan Akaun Sejahtera mereka kepada Akaun Persaraan,” kata MoF.

KWSP akan terus komited untuk terus memberikan pulangan yang kompetitif kepada pencarum dalam usaha meningkatkan baki simpanan persaraan mereka dan mengelakkan pencarum daripada terjerumus ke dalam krisis kemiskinan hari tua.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *