3 Corak Asas Candlestick yang Anda Mesti Tahu untuk Mula Berdagang!

Bayangkan anda memiliki alat yang bukan sahaja menunjukkan pergerakan pasaran tetapi juga meramalkan hala tuju seterusnya. Itulah kehebatan carta candlestick dalam dunia dagangan! Carta ini bukan sekadar paparan harga, tetapi ia mendedahkan sentimen pasaran dan memberi isyarat penting untuk tindakan seterusnya.

Jom kenali corak-corak asas candlestick yang biasa dilihat di carta platform dagangan XM untuk bantu anda menguasai pasaran dan membuat keputusan dagangan yang lebih bijak!

1) Doji  

Doji adalah satu candlestick yang hampir tiada badan dan hanya satu garis nipis dengan bayang-bayang memanjang. Ia dikenali sebagai simbol ketidaktentuan pasaran kerana akan terbentuk apabila Open Price dan Close Price hampir sama.

Doji ini seperti lampu amaran untuk pedagang yang memberi isyarat bahawa tiada pihak – sama ada ‘bull’ (pembeli) atau ‘bear’ (penjual) sedang mengawal pasaran, mewujudkan situasi untuk ‘berhenti dan tunggu’. Apabila Doji muncul selepas trend pasaran yang kuat, ia mungkin membawa petanda bahawa pasaran bersedia untuk berhenti seketika atau berpotensi untuk membuat pembalikan arah.

2) Hammer & Inverted Hammer

Hammer adalah corak pembalikan bullish yang kelihatan seperti huruf “T” dengan badan kecil dan bayang yang panjang. Ia biasanya muncul selepas trend menurun, membawa harapan kepada pembeli dengan menunjukkan bahawa mereka mula memasuki pasaran dan mendorong harga naik dari paras rendah. Corak Hammer selepas trend menurun mungkin petunjuk bahawa pasaran bersedia untuk pemulihan. Namun, anda perlu perhatikan candlestick bullish yang muncul seterusnya untuk mengesahkan pembalikan ini. 

Inverted Hammer juga muncul selepas trend menurun, tetapi ia menandakan potensi pembalikan bearish. Walaupun bentuknya menyerupai Hammer, Inverted Hammer menunjukkan bahawa walaupun terdapat tekanan beli, pasaran mungkin masih berhadapan dengan kemungkinan penurunan.

3) Morning & Evening Star  

Morning Star dan Evening Star adalah corak melibatkan tiga candlestick yang membawa cerita tentang perubahan arah pasaran yang akan berlaku. Morning Star menandakan peluang untuk membeli, manakala Evening Star memberi petunjuk untuk menjual.

Morning Star muncul selepas trend menurun dan terdiri daripada tiga komponen iaitu candlestick bearish yang panjang, diikuti oleh “bintang” kecil, dan diakhiri dengan candlestick bullish yang panjang. Corak ini menandakan potensi pembalikan bullish, memberikan harapan kepada para pedagang bahawa pasaran mungkin akan menaik.

Sebaliknya, Evening Star muncul selepas trend menaik. Ia juga terdiri daripada tiga komponen iaitu candlestick bullish yang panjang, diikuti oleh “bintang” kecil, dan ditutup dengan candlestick bearish yang panjang. Corak ini menunjukkan kemungkinan pembalikan bearish, sekaligus memberi amaran kepada pedagang bahawa pasaran mungkin akan beralih ke arah penurunan.

Kesimpulan

Menguasai ilmu dagangan asas seperti corak-corak candlestick ini akan membawa impak besar dalam strategi dagangan anda kerana setiap corak memberi petunjuk penting mengenai sentimen pasaran dan perubahan arah. Dengan memahami corak-corak ini, anda dapat membuat keputusan yang lebih bijak dan tepat.

Jika anda ingin membawa kemahiran dagangan anda ke tahap seterusnya dan meneroka lebih banyak strategi, jom sertai Ruang Lanjutan Melayu XM! Di sini, anda boleh belajar secara langsung daripada instruktor-instruktor pakar XM. Jadi, jangan lepaskan peluang— daftar akaun XM sekarang dan lengkapkan diri anda dengan ilmu dagangan yang bermanfaat!

#XM #XMMalaysia #PendidikanDagangan #Candlestick #EducationMatters #LiveEducation

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *