3 Faktor Utama Memulihkan USD Sepanjang Minggu Lalu

3 Faktor Utama Memulihkan USD Sepanjang Minggu Lalu

Dollar AS meneruskan pemulihan berbanding kesemua matawang utama pada hari Jumaat lalu yang juga merupakan hari dan minggu terakhir bagi bulan Ogos 20

Dollar AS meneruskan pemulihan berbanding kesemua matawang utama pada hari Jumaat lalu yang juga merupakan hari dan minggu terakhir bagi bulan Ogos 2018.

Pemulihan dollar telah bermula sejak hari Khamis yang lepas secara umumnya didorong oleh tiga faktor utama:

1) Pasaran Saham

Pengunduran pasaran saham daripada paras tertinggi selepas merekodkan peningkatan setiap hari menjadi punca paling utama kepada peningkatan dollar.

Sell-off pasaran saham didorong oleh perubahan mood pelabur akibat kebimbangan terhadap perkembangan pasaran negara-negara membangun serta penguatkuasaan tarif baru bernilai $200 billion ke atas China pada minggu ini.

2) Profit taking

Tindakan pelabur menutup posisi bagi mengambil keuntungan pada akhir bulan turut menyebabkan pullback saham ekuiti dan pengunduran matawang utama yang lain seperti euro, sterling dan loonie.

3) Laporan Ekonomi Selain AS Mengecewakan

Walaupun data ekonomi AS sepanjang minggu lalu bercampur, namun angka-angka yang dikeluarkan oleh negara-negara lain lebih mengecewakan.

Di tambah pula pada hari Jumaat lepas dikeluarkan bacaan indeks PMI Chicago dan indeks Sentimen Pengguna Michigan yang lebih baik daripada ramalan, angka ini sekali gus menguatkan lagi kedudukan dollar pada hari terakhir sesi dagangan Amerika yang lalu.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain berjaya memansuhkan kerugian sepanjang minggu lepas dan kembali naik ke paras 95.05

Perhatian pelabur pada minggu ini tertumpu kepada laporan NFP serta perkembangan hubungan perdagangan antara China dan AS.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: