3 Perkara Penting Yang Berlaku Pada Pasaran Global Hari Ini

3 Perkara Penting Yang Berlaku Pada Pasaran Global Hari Ini

1. Pasaran Saham Global Terus Mencatat Rekod Tertinggi Saham global meningkat tinggi didorong oleh optimisme para pelabur terhadap kekuatan ekonomi

1. Pasaran Saham Global Terus Mencatat Rekod Tertinggi
Saham global meningkat tinggi didorong oleh optimisme para pelabur terhadap kekuatan ekonomi dunia dengan meletakkan dana pelaburan mereka ke dalam aset yang berisiko.
Ekuiti di Asia-Pasifik ditutup tinggi dengan saham di Jepun dan Hong Kong mendahului walaupun sebahagian pasaran utama ditutup pada hari ini berikutan cuti umum.
Di Eropah pula, saham melonjak ke paras tertinggi tiga bulan lalu pada sesi pertengahan dagangan Eropah, dengan penjualan saham Sepanyol semakin berkurangan selepas Madrid bertindak mengurangkan krisis di Catalonia.
2. Pengukuhan dolar terhenti selepas naik ke paras tertinggi 6 minggu lalu
Dolar A.S hilang sedikit momentum selepas naik ke paras tertinggi 6 minggu lalu dengan sokongan pelabur yang semakin optimis dengan ekonomi Amerika dan jangkaan kadar faedah Fed dinaikkan pada bulan Disember juga semakin meningkat.
Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain menyusut 0.10% kepada 93.38 . Indeks ini telah naik ke paras 93.78 (paras tertinggi sejak 17 Ogos lalu) di awal sesi pasaran hari ini.
Di samping itu, hasil bon US kekal dengan peningkatan tiga hari berturut-turut, dengan hasil bon 10-tahun US meningkat kepada 2.362% selepas berjaya mencapai paras tertinggi tiga bulan lalu (2.371%) semalam.
Peningkatan ini didorong oleh bacaan indeks pembuatan ISM Amerika yang melebihi jangkaan, menambahkan sokongan terhadap kenaikan kadar faedah Fed akhir tahun nanti.
3. Minyak stabil selepas jatuh mendadak
Harga minyak mentah stabil selepas jatuh mendadak pada sesi yang lalu dengan fokus pelabur tertumpu kepada data bekalan minyak mingguan Amerika oleh API yang akan dikeluarkan malam ini dan juga oleh EIA pada malam esok.
Pasaran minyak sebelum ini ditekan akibat kebimbangan pengeluaran minyak OPEC yang meningkat pada bulan September, diikuti hasil pengeluaran minyak US yang turut meningkat yang didorong oleh pertambahan aktiviti penggalian minyak oleh Baker Hughes pada minggu lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: