Perang perdagangan AS dengan negara serantau telah menjadi tajuk yang paling hangat dibahaskan sejak awal tahun lagi. Semangat protectionism yang terl
Perang perdagangan AS dengan negara serantau telah menjadi tajuk yang paling hangat dibahaskan sejak awal tahun lagi. Semangat protectionism yang terlalu tinggi di dalam pentadbiran Trump bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan telah menyebabkan beberapa tariff import baru diperkenalkan.
1) Tariff Import Panel Solar & Mesin Basuh (23 Januari 2018)
- Solar Panel – 30% cukai diperkenalkan dan akan menurun secara beransur-ansur sehingga 15% dalam tempoh masa 4 tahun.
- Mesin Basuh – 1.2 juta import pertama mesin rumah bagi kegunaan kediaman akan dikenakan duti import 20% dan dikurangkan pada tahun-tahun berikutnya.
- Tujuan – membantu syarikat negara, Whirlpool Corp melonjakkan permintaan dan pengeluaran selepas terpaksa bersaing hebat dengan syarikat gergasi seperti Samsung dan LG Electronics.
- Kesan – kos pembuatan menjadi lebih tinggi dan berkemungkinan kehilangan lebih 23,000 pekerja di dalam industri Tenaga Solar.
2) Tariff Aluminium & Besi (31 Mei 2018)
- Ditangguhkan sejak 1 Mac lalu dan akhirnya dilaksanakan pada 31 Mei 2018
- Dikenakan ke atas tiga negara utama Kanada, Mexico dan Kesatuan Eropah (EU).
- Kadar tariff, 25% bagi import besi dan 10% bagi import aluminium
- Kesan – Mexico menggesa perbincangan semula hak mereka dalam rundingan NAFTA seterusnya. EU luahkan rasa tidak puas hati dalam persidangan negara G7 pada 8-9 Jun lalu di Quebec, Kanada. Trump menarik balik sokongan terhadap resolusi yang dicapai pada akhir persidangan kerana marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh PM Kanada, Justin Trudeau.
3) Tariff Import Barangan China
- Perang perdagangan yang menimbulkan kerisauan banyak pihak kerana melibatkan dua kuasa besar ekonomi dunia.
- Trump umumkan tarif bernilai $50 billion USD terhadap produk import China kerana mendakwa mereka telah melanggar hak harta intelek. Cukai barangan dengan jumlah $34 billion akan dilaksanakan pada 6 Julai 2018 dan selebihnya akan diumumkan kemudian.
- Kesan – China juga bertindak balas memperkenalkan tarif terhadap barangan import AS yang melibatkan makanan terutamanya kacang soya, pesawat dan alat perpaipan dengan jumlah yang sama, $50 billion USD.
- Kini Trump ingin menambahkan lagi cukai ke atas barangan China yang bernilai $200 billion USD. Cadangan ini telah mensia-siakan usaha deligasi AS dengan China berunding bagi mengurangkan defisit perdagangan mereka.
COMMENTS