4 Sebab Membuka Laluan EUR/USD Untuk Terus Mendaki

4 Sebab Membuka Laluan EUR/USD Untuk Terus Mendaki

EUR/USD stabil didagang di atas paras 1.1400 pada hari Jumaat dan berikut adalah 5 faktor yang dilihat mampu memberi sokongan kepada momentum menaik p

EUR/USD stabil didagang di atas paras 1.1400 pada hari Jumaat dan berikut adalah 5 faktor yang dilihat mampu memberi sokongan kepada momentum menaik pasangan matawang ini.

1) Petunjuk Akan Berlakunya Tolak Ansur Daripada Itali

Suruhanjaya Eropah menolak semakan semula belanjawan Itali pada hari Rabu dan mencadangkan supaya dikenakan tindakan tatatertib.

Namun hal ini telahpun dijangkakan oleh pasaran dan Timbalan PM Itali Luigi Di Maio menyuarakan kesediaan beliau untuk mengikuti kehendak EU.

Akan tetapi tidak semua ahli mempunyai pendapatan yang sama. Walau bagaimanapun optimis daripada Luigi telah mengurangkan jurang perbezaan antara bon 10-tahun Itali dan Jerman.

2) Data AS Yang Lemah

Sehari sebelum AS menyambut hari Thanksgiving, beberapa barisan data ekonomi dikeluarkan dan hampir kesemuanya meleset daripada ramalan.

Pesanan barangan tahan lama dan pesanan teras juga mengalami kejatuhan.

Walaupun jualan rumah secondhand pada bulan Oktober meningkat, peningkatan tersebut hanya berpunca daripada pemulihan selepas kadar jualan jatuh akibat Taufan Florance pada bulan September.

Secara keseluruhannya perkembangan ekonomi AS tidak dapat memberi sokongan kepada fundamental dollar.

3) Jangkaan Fed Akan Menangguhkan Pengetatan Dasar.

Fed dijangka menangguhkan kitaran rate hike pada musim bunga tahun hadapan. Laporan tersebut kemudian diikuti beberapa komen dovish daripada pegawai-pegawai Fed.

Masih belum ada pengesahan, namun tindakan ini tidaklah mengejutkan melihat kepada data ekonomi terkini.

4) Kemajuan Positif Brexit

Selepas beberapa percubaan untuk menggulingkan May tidak berjaya, May akhirnya ke Brussels untuk menetapkan beberapa butiran terakhir berkenaan syarat perjanjian Brexit sebelum persidangan Brexit EU hari ini.

Pertemuan beliau bersama Presiden EC Jean-Claude Juncker berjaya dan kemajuan yang positif telah dilaporkan.

Beliau juga berundingan dengan PM Sepanyol dan dilaporkan sedang menunju kesepakatan tentang peraturan di Gibraltar selepas Brexit dikuatkuasakan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: