5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sepanjang Pasaran Minggu Lepas

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sepanjang Pasaran Minggu Lepas

Hawksih Yellen & Reformasi Cukai Trump USD mengekalkan momentum pada minggu lepas, merekodkan peningkatan selama tiga minggu berturut-turut did

Hawksih Yellen & Reformasi Cukai Trump

USD mengekalkan momentum pada minggu lepas, merekodkan peningkatan selama tiga minggu berturut-turut didorong oleh jangkaan kenaikan kadar faedah Fed pada akhir tahun ini selepas komen hawkish dikeluarkan oleh Janet Yellen, pengerusi Federal Reserve pada minggu lalu. Beliau menyokong kenaikan kadar dilakukan beransur-ansur dengan menganggap inflasi yang lemah hanya bersifat sementara dan tiada sebarang bukti menunjukkan perubahan kadar akan menganggu inflasi.

Antara faktor lain adalah pengumuman Trump tentang pembaharuan cukai yang mana dilihat akan meningkatkan lagi perbelanjaan golongan berpendapatan sederhana berikutan pengurangan cukai yang besar, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi ke arah lebih positif.  Kejayaan dan kegagalan Trump dalam usul terbaru beliau ini akan memberi impak besar kepada nilai dolar di masa hadapan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain (Yen, Euro, Pound, Kanada Dolar, Swiss Franc, Krona Swedish) meningkat hampir 1.00%, tutup di paras 92.91 pada minggu lalu

Zon Eropah: Politik di Jerman VS Ulasan ECB

Matawang Euro pada awal minggu lepas jatuh disebabkan oleh ketidaktentuan politik apabila Angela Merkel daripada Parti Demokratik Kristian (CDU) hanya berjaya memenangi 33 peratus undian, dan Parti Sosial Demokrat (SDU) menarik diri daripada mengadakan sebarang pakatan membentuk kerajaan selepas sokongan jatuh kepada 21 peratus.

Pemilihan CDU bagi membentuk kerajaan campuran kini terbatas kepada Parti Free Demokrat (FDP) dan Parti Hijau apabila mereka (CDU) menegaskan tidak akan bergabung dengan parti AfD yang berjaya memenangi undian sebanyak 13 peratus.

Pembentukan kerajaan campuran adalah penting  supaya dapat mengekalkan suara majoriti dalam parlimen sekali gus menjamin penerusan dasar fiskal yang telah dilakukan dalam pemerintahan lalu.

Walau bagaimanapun, fokus pelabur dilihat telah beralih kepada ulasan polisi monetari ECB serta data-data ekonomi zon eropah dengan jangkaan ECB akan mula mengurangkan pembelian bon tidak lama lagi, meningkatkan permintaan dalam pasaran ekuiti eropah serta hasil bon korporat dan hasil bon kerajaan, sekaligus menghentikan tekanan yang berterusan ke atas matawang Euro.

Minyak WTI Kekal Di Atas $50

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) US kekal di atas paras $50 walaupun turun empat hari berturut-turut pada minggu lalu berikutan pasaran bimbang dengan peningkatan pengeluaran minyak di US yang didorong oleh penambahan aktiviti penggalian akan menganggu keseimbangan dalam pasaran.

Harga minyak yang tinggi merupakan salah satu faktor yang mengalakkan penambahan dalam operasi galian minyak. Paras harga $50 kini menjadi aras penting untuk melihat sebarang perubahan trend dalam pasaran minyak mentah.

Emas Tutup Di bawah $1,3000

Emas pula jatuh lebih rendah kepada paras $1,278.59, susut hampir $60 selama tiga minggu berturut-turut dengan ketegangan geopolitik yang semakin reda dan dolar yang semakin kukuh.

Trend emas jelas bearish dengan paras $1,270/60 menjadi zon support paling penting minggu hadapan.

Berakhirnya Suku Tahun Ketiga (Q3) 2017

Antara faktor lain yang menyebabkan pasaran Forex bergerak volatile dan banyak membuat reversal adalah berpunca daripada pengambilan untung serta penutupan akaun oleh bank-bank komersial/pelaburan, pengurus dana dan syarikat-syarikat besar untuk suku tahun ketiga tahun 2017 yang berakhir pada bulan September, hari Jumaat yang lalu.

 

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: