Market Movers: Dollar Tertekan, Nantikan Data ADP

Market Movers: Dollar Tertekan, Nantikan Data ADP

Dollar US tertekan pada sesi dagangan pada hari Selasa disebabkan data-data ekonomi yang mengecewakan memadam jangkaan tentang kenaikan kadar faedah o

Dollar US tertekan pada sesi dagangan pada hari Selasa disebabkan data-data ekonomi yang mengecewakan memadam jangkaan tentang kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve.Pada Jumaat lepas KDNK AS dilepaskan datanya sebanyak 1.2% jauh dari jangkaan sebanyak 2.6%, Pada Semalam (Selasa) data inflasi PCE hanya naik pada 0.1%, dengan jangkaan masih rendah daripada bulan sebelumbnya. Inflasi PCE dikhabarkan menjadi salah satu tambahan pada Federal Reserve untuk menaikkan kadar faedah.

Indeks dollar turun ke paras terendah dalam enam minggu, sementara itu emas naik mendekati paras tertinggi 28 bulan.

Beberapa data yang mempengaruhi pergerakan pasaran hari ini:

Indeks Aktiviti Sektor Perkhidmatan GBP

Dianggarkan kekal sebanyak 47,4 di bulan Julai, sama dengan bulan Jun, data ini akan memberi kesan kepada pergerakan GBPUSD. Data kegiatan pembinaan yang dikeluarkan Selasa semalam lebih baik daripada anggaran walaupun masih menunjukkan Pengecutan, ditambah dengan tekanan yang dialami dollar membuat GBPUSD mengukuh.

Data Tenaga Kerja & Aktiviti Non-Manufacturing

Data tenaga kerja versi ADP dianggarkan sebanyak 171.000 pada bulan Julai, berbanding dengan bulan sebelumnya 172.000. Sementara indeks kegiatan bukan-pembuatan dianggarkan sebanyak 56,0 turun dari bulan sebelumnya 56,5. Gabungan data-data ini berpotensi memberikan tekanan tambahan buat dollar. Tetapi jika dikeluarkan lebih baik daripada jangkaan, dollar mempunyai peluang pemulihan.


Stok Minyak AS

Minyak mentah kembali bearsih selepas bergerak di bawah paras $ 40 setong, American Petroleum Institute (API) pada pagi tadi memberitahu penurunan stok minyak AS sebanyak 1.34 juta setong, yang mampu menyekat penurunan harga minyak. Pengeluar kini mmenunggu data stok minyak dari kerajaan AS melalui Energy Information Administration (EIA)

Crazy nerd woman with the cabbage leaf in her mouth.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: