6 Minggu Emas Menjadi Songsang, Mengapa Sekarang Kembali Bullish?

6 Minggu Emas Menjadi Songsang, Mengapa Sekarang Kembali Bullish?

"Trade War" di antara AS dan China telah memberikan sedikit  kelebihan kepada Yen sebagai aset pemilikan selamat dikala pasaran tertekan berada di dal

“Trade War” di antara AS dan China telah memberikan sedikit  kelebihan kepada Yen sebagai aset pemilikan selamat dikala pasaran tertekan berada di dalam “ketakutan” dan “risk-off. Namun apa yang membingungkan, pada masa yang sama Emas turut ditinggalkan dan telah dijual dengan teruk sekali selama 6 minggu berturut-turut. Mengapa?

Pergolakan perdagangan dua hala AS-China ini nyata telah menjadikan permintaan terhadap Dolar semakin meningkat. Kebanyakan penganalisa pasaran merasakan “Trade War” akan meningkatkan tekanan terhadap kos barangan import dan sekaligus memacu kenaikan kadar inflasi. Situasi ini bakal memaksa Fed untuk terus menaikkan kadar faedah mereka dengan lebih kerap!

Pandangan pemain pasaran yang optimis dengan kelebihan Dolar di dalam situasi “Trade War” ini telah menjadikan Emas ditekan dengan teruk sekali walaupun pada ketika pasaran berada dalam keadaan “risk-off”. Jangkaan bahawa Fed akan lebih kerap menaikkan kadar faedah apabila penanda inflasi meningkat adalah antara salah satu faktor mengapa Dolar mengukuh.

Namun, Simposium Jackson Hole telah merubah persepsi ini 360° apabila Fed Powell dalam ucapan beliau pada majlis tersebut Jumaat lepas dilihat sebagai ‘dovish’ dan kurang optimis dengan keadaan ekonomi AS untuk tempoh masa yang panjang. Powell berpendirian kenaikan kadar faedah secara berperingkat masih lagi sesuai dan tiada risiko ekonomi menjadi terlalu panas.

Indeks Dolar AS jatuh 50 mata untuk menutup pasaran pada minggu lalu pada paras 95.164 setelah mencapai paras tertingginya pada paras 96.96 dalam tempoh 14 bulan sejak Jun 2017. Harga Emas pula melonjak pada minggu lepas setelah mencapai paras terendah dalam tempoh 19 bulan dan kini berada pada paras sekitar 1207.

Harga Emas dijangka akan terus ‘bullish’ untuk menguji paras FR 50% di harga 1214.26 dan FR 23.60% di harga 1241.00 sebelum kembali ‘bearish’ setelah melakukan penembusan di bawah garisan ‘trend’ menaik bagi tempoh jangka masa panjang. Harga perlu menembusi ‘resistance’ di atas paras harga 1267.00 untuk membatalkan padangan bearish Emas pada ketika ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: