60-70% Pekerja Huawei Sedang Diberhentikan Di India – The Economic Times

60-70% Pekerja Huawei Sedang Diberhentikan Di India – The Economic Times

Akhbar The Economic Times pada hari ini melaporkan bahawa syarikat telekomunikasi gergasi China, Huawei Technologies Co telah menurunkan 50% sasaran

Akhbar The Economic Times pada hari ini melaporkan bahawa syarikat telekomunikasi gergasi China, Huawei Technologies Co telah menurunkan 50% sasaran pendapatan bagi tahun 2020 di India dan sedang memberhentikan lebih separuh kakitangan mereka di negara sana.

Huawei kini menurunkan jangkaan pendapatan bagi tahun 2020 kepada $350-$500 juta, separuh lebih rendah berbanding $700-$800 juta yang menjadi sasaran sebelum ini.

Selain itu, sumber The Economic Times juga melaporkan bahawa Huawei sedang membuang 60-70% pekerja mereka di India, termasuk kakitangan yang berada di bawah penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pusat perkhidmatan global.

Tiada pengesahan dari pihak Huawei mengenai dakwaan di atas, namun laporan ini menjadi perhatian berikutan meningkatnya sentimen anti-China di India selepas terbunuhnya 20 tentera India dalam pertempuran dengan tentera China di sempadan Himalaya pada bulan lalu.

Di samping itu, Reuters juga melaporkan bahawa India telah mengarahkan dua syarikat telekomunikasi yang dikendalikan oleh kerajaan untuk menggunakan peralatan telekomunikasi buatan tempatan daripada peralatan telekomunikasi China untuk meningkatkan rangkaian mudah alih mereka ke 4G.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: