7-Eleven Malaysia Bakal Laksana Program Nota Jangka Sederhana (MTN) Bernilai RM600 Juta

7-Eleven Malaysia Bakal Laksana Program Nota Jangka Sederhana (MTN) Bernilai RM600 Juta

Pengendali rantaian kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd pada 16 April lalu mengumumkan cadangan untuk melaksanakan program Nota Jangka Se

Pengendali rantaian kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd pada 16 April lalu mengumumkan cadangan untuk melaksanakan program Nota Jangka Sederhana (MTN) dengan nilai nominal RM600 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, syarikat tersebut bahawa terbitan pertama MTN dengan tempoh 15 tahun itu dijangka dibuat pada suku kedua 2021.

Memetik kenyataan Malaysia Rating Corp Bhd (MARC), “Tujuan 7-E Malaysia memperkenalkan program itu adalah untuk merancakkan pengembangan syarikat dengan sasaran pembukaan 100 hingga 150 cawangan yang baru setiap tahun”.

Penganalisis MARC dalam notanya hari ini menyebutkan bahawa mereka telah memberi penilaian awal AA- kepada cadangan RM600 juta MTN 7-Eleven Malaysia Holdings dengan prospek yang stabil.

“Penarafan yang diberikan adalah cerminan kepada kedudukan pasaran 7-Eleven Malaysia Holdings yang kukuh dan mantap dalam segmen kedai serbaneka, diperoleh dari rekod operasi yang panjang dengan rangkaian kedai yang luas yang telah menyokong penjanaan pendapatan yang stabil.” jelas MARC.

7-Eleven Malaysia Holdings adalah syarikat induk pelaburan bukan operasi dengan dua anak syarikat utama: 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd, yang mengendalikan rangkaian kedai serbaneka di bawah jenama 7-Eleven; dan Caring Pharmacy Group Bhd, yang mengendalikan farmasi runcit rangkaian di bawah jenama Caring yang diperoleh pada Jun 2020.

Menurut penganalisis MARC, “7-Eleven Malaysia mempunyai kira-kira 2,400 kedai di seluruh negara, merangkumi kira-kira 64.9% daripada jumlah kedai serbaneka yang dimiliki oleh pengendali utama di Malaysia”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: