80% Pengusaha Bas Sekolah Dijangka Gulung Tikar, GPBSM Minta Moratorium Dilanjutkan

80% Pengusaha Bas Sekolah Dijangka Gulung Tikar, GPBSM Minta Moratorium Dilanjutkan

Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof dalam satu kenyataan berkata penutupan sekolah susulan pandemik korona

Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof dalam satu kenyataan berkata penutupan sekolah susulan pandemik koronavirus dijangka akan mengakibatkan kira-kira 80% pengusaha bas sekolah di seluruh negara gulung tikar pada tahun hadapan.

“Ikut jangkaan saya, industri pengusaha bas sekolah akan jadi lebih sukar tahun hadapan. Kira-kira 80 peratus akan gulung tikar”, ujar beliau kepada Sinar Harian.

Kesan ini telah dilihat sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu apabila para pelajar tidak lagi menaiki bas ke sekolah.

Mohd Rofik menyebutkan bahawa ramai dikalangan pengusaha mengalami kemerosotan pendapatan sehingga 70% berikutan tidak menerima bayaran penuh atau hanya menerima selepas dua hingga tiga bulan.

Hal ini sekali gus mengakibatkan ramai di kalangan pengusaha bas termasuk industri pengangkutan kini mengalami masalah pembayaran hutang sewa beli bas.

Susulan kenyataan di atas, Mohd Rofik bersama ahli GPBSM telah membuat laporan polis terhadap kerajaan dan tujuh kementerian kerana didakwa tidak prihatan terhadap nasib pengusaha bas yang terjejas.

Beliau berkata GBPSM telah menghantar memorandum kepada tujuh kementerian sejak Mei yang lalu, namun kesemua memorandum ini tidak dipendulikan.

Hal ini terbukti apabila Belanjawan 2021 tidak menyentuh nasib pengusaha pengangkutan awam kecuali cukai pembelian bas baru.

“Inisiatif itu tidak beri apa-apa keuntungan dan faedah kepada kami. Nak beli bas baru macam mana, sedangkan bas sedia ada pun kami tak mampu bayar”, katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Rahang hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Rofik meminta supaya kerajaan mengkaji semula belanjawan yang dibentangkan dan memohon supaya moratorium dilanjutkan sehingga Covid-19 benar-benar pulih dan sistem ekonomi kembali berjalan seperti biasa.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: