Autumn Statement – Jangkaan Positif Untuk Pound

Autumn Statement – Jangkaan Positif Untuk Pound

Lusa, 23 November 2016 Canselor Philip Hammond akan membentangkan 'Autumn Statement' nya yang pertama di Parlimen Britain. Beberapa perkara menarik da

Lusa, 23 November 2016 Canselor Philip Hammond akan membentangkan ‘Autumn Statement’ nya yang pertama di Parlimen Britain. Beberapa perkara menarik dan sedikit positif dijangka akan diperkatakan oleh Hammond nanti antaranya adalah :

  • Pinjaman & Hutang

Hammond telah memberi isyarat bahawa kerajaan Britain akan memperkenalkan undang-undang baru dalam perkara melibatkan pinjaman. Beliau juga menjelaskan sebarang pinjaman hanya akan dilakukan jika UK mengalami kejutan ekonomi. Pinjaman pada tahun ini dijangka akan mencecah 60.5 bilion.

  • Cukup-Cukup Makan

May sebelum ini menekan Hammond, dengan memberi isyarat bahawa kerajaan di bawah pentadbiran parti ‘Conservative’ akan lebih fokus dalam membantu keluarga yang cukup-cukup makan dengan memperuntukkan sebahagian bajet kepada golongan keluarga berpendapatan sederhana serta bantuan jagaan kanak-kanak.

  • Infrastruktur

Hammond juga dijangkakan bakal menumpukan bajet kali ini kepada penambahbaikan infrastrukur seperti jalanraya awam dan laluan keretapi dalam usaha mereka untuk menangani kesesakan lalu lintas.

  • Cukai Korporat

May sudah pun menunjukkan kesediaannya untuk memotong cukai korporat kep paras lebih rendah jika Trump memotong cukai korporat Amerika kepada 15%. Hammond mungkin akan menurunkan cukai korporat yang sedia ada daripada 20% kepada 17% pada kali ini, namun itu adalah sasaran bagi tahun 2020.

Beberapa inisiatif yang lain seperti perumahan dan duti setem juga dijangkakan akan dibentangkan oleh Hammond di Parlimen nanti.

Secara keseluruhan ‘Autumn Statement’ tampak positif, memungkinkan Pound untuk melonjak. Namun jika berlaku, ianya hanyalah bersifat sementara kerana ‘outlook’  jangka masa panjang Pound masih dalam ‘mood’ jualan. Pembetangan Hammond kali ini mungkin dapat memberi sedikit ruang kepada Pound untuk melakukan sedikit ‘correction’.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: