Ringgit tutup dagangan minggu lalu di paras tertinggi 10 bulan berbanding dolar AS berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah AS yang lebih perlahan pada masa hadapan.
Jangkaan ini diperkuatkan dengan data inflasi pengguna (CPI) AS baharu yang dikeluarkan pada Khamis lalu yang mana menunjukkan bahawa inflasi semakin terkawal.
Angka itu dilihat akan mendorong Federal Reserve untuk memperlahankan kadar kenaikan kadar faedah pada separuh kedua 2023, sekali gus mengurangkan daya tarikan ke atas dolar.
Daya tarik dolar yang lemah mendorong pemain pasaran untuk mencari alternatif pelaburan yang lebih menarik seperti membeli aset-aset berisiko asing.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kestabilan politik di Malaysia akan menjadi tema utama bagi kekuatan ringgit pada 2023.
“Para pelabur asing akan memerhatikan perkembangan politik, tetapi kesepakatan bergerak ke arah yang menguntungkan,” ujarnya.
“Para Pelabur tempatan dan serantau membeli ringgit dan mereka menjangkakan peningkatan besar dalam eksport dan kemasukan pelancong,” tambah Innes.
Beliau yang melihat kadar fedah telah memuncak di Asia Tenggara berkata penurunan kadar Fed telah memberikan ruang kepada bank-bank pusat serantau untuk bernafas.
Oleh itu, keyakinan yang sedang membina pada arah ringgit dijangka dapat mencetuskan penembusan 4.30 pada masa yang terdekat.