Analisa Teknikal AudUsd 15 February 2023

AudUsd di Timeframe Daily.

Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam keadaan sideways. Saya masih lagi fokus pada peluang sell selagi mana Resistance semasa, tidak ditembusi oleh harga. Harga juga telah berjaya retest semula di Resistance semasa dan pada hari ini harga mula turun semula berkemungkinan untuk break dan close dibawah Support semasa. Jika harga pada hari ini close dalam keadaan Bearish Engulfing, berkemungkinan hari seterusnya, harga akan berjaya break dan close dibawah support semasa untuk meneruskan sesi Downtrend nya.

Entry: Peluang reentry terbaik adalah di Resistance semasa atau jika harga pada hari ini close dalam keadaan Bearish Engulfing, maka boleh tunggu peluang reentry di 50% dari body candle Bearish tersebut. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar di zone reentry tersebut sebelum melakukan sebarang reentry. Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close diatas Resistance semasa.

**SILA KAWAL MM ANDA**

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *