elon-musk-twitter-2

Elon Musk: Penghujung 2023 Waktu Terbaik Untuk Mencari Ketua Baharu Bagi Twitter

Ketua Eksekutif Twitter Elon Musk berkata hari ini bahawa menjelang penghujung 2023 adalah “masa yang baik” untuk mencari pengganti bagi mengedalikan gergasi platform media sosial itu.

“Saya fikir saya perlu menstabilkan organisasi dan hanya memastikan ia berada pada kedudukan yang sihat dari segi kewangan dan bahawa pelan hala tuju produk dibentangkan dengan jelas,” kata Musk, bercakap secara maya pada Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai.

Apabila ditanya sama ada beliau telah mengenal pasti CEO Twitter baharu, Musk berkata bahawa beliau belum mengetahuinya namun menjelaskan akhir tahun ini adalah waktu yang sesuai berikutan syarikat dijangka akan lebih stabil.

Pada 21 Disember lalu, Musk berkata di Twitter bahawa dia akan meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif “sebaik sahaja saya menemui seseorang yang cukup tidak berakal untuk mengambil tugas itu!”

Musk juga menambah bahawa beliau “hanya akan mengendalikan pasukan perisian & pelayan”.

Pengasas Tesla itu juga pernah menjalankan tinjauan pendapat di platform media sosial beberapa hari sebelum ini sama ada beliau harus meletak jawatan sebagai CEO Twitter.

Hasil tinjauan menunjukkan majoriti responden berkata Musk perlu melepaskan jawatan tersebut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *