Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UBS menjanjikan “siasatan 360 darjah” terhadap saingan domestiknya, Credit Suisse, sebelum kedua-duanya bergabung menjadi bank mega baharu.
Kerajaan Switzerland memperkukuh UBS untuk membeli pesaingnya dengan harga AS$3.25 bilion (RM selepas kejatuhan tiga pemberi pinjaman AS pada bulan Mac menimbulkan kebimbangan mengenai tahap kesihatan kewangan Credit Suisse, berikutan beberapa siri skandal yang berlaku.
CEO UBS Sergio Ermotti, yang kembali berkhidmat di bank terbesar Switzerland pada bulan lalu bagi mengendalikan penggabungan itu, berkata ia “sangat jelas, tiada perkembangan dalam enam minggu lalu, tetapi dalam enam atau tujuh tahun yang lalu”.
“Penyiasatan menyeluruh 360 darjah ini pasti kembali jauh kebelakang,” kata Ermotti kepada Forum Media Switzerland di Lucerne, lapor agensi berita Switzerland ATS.
Kajian penuh mengenai punca masalah di Credit Suisse adalah penting kerana kecepatan yang dipersetujui bahawa UBS akan mengambil alih bank bermasalah itu, katanya.
“Banyak perkara yang berlaku sekarang akan mengambil masa setahun dalam keadaan biasa,” jelas Ermotti.
Credit Suisse telah digegarkan oleh beberapa skandal dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk kebankrapan firma kewangan British Greensill.
Namun UBS bersetuju untuk membeli saingan domestiknya yang terjejas, disokong oleh beberapa jaminan besar kerajaan Switzerland.
Ermotti berkata bahawa pengambilalihan itu akan mewujudkan sebuah superbank yang bertanggungjawab ke atas AS$5 trilion aset yang dilaburkan, dan telah membayangkan bahawa penggabungan itu boleh diselesaikan pada akhir Mei ini.