india-pump-water-out

Selamatkan Telefon Terjatuh, Dua Juta Liter Air Empangan Dipam Keluar Di India

Telefon pintar adalah aspek penting dalam kehidupan moden, namun persoalannya sejauh manakah seseorang itu akan bertindak untuk menyelamatkan peranti tersebut jika telah kehilangannya.

Persoalan itu terjawab selepas seorang pegawai kerajaan di India, Rajesh Vishwas didakwa telah melakukan satu operasi yang meragukan untuk menyelamatkan Samsung Galaxy S23 Ultra miliknya.

Menurut laporan Indian Express, pegawai kerajaan itu telah menjatuhkan Samsung Galaxy S23 Ultra ketika mengambil swafoto di dalam empangan di Negeri Chattisgarh di India.

Pada mulanya, dia memutuskan untuk meminta beberapa penduduk kampung yang dikenali menyelam ke dalam empangan untuk mencari telefon bimbit itu, namun apabila operasi itu gagal, beberapa langkah ekstrem telah diambil.

Pegawai itu dilaporkan telah menyewa pam dan mengalirkan keluar air sedalam tiga kaki selama dua hari.

Menurut laporan, air yang disalirkan berjumlah 2,100,000 liter, mampu untuk mengairi sawah seluas sekurang-kurangnya 1,500 ekar.

Pegawai tersebut berjaya menemukan semula telefon Samsung miliknya namun ia tidak lagi berfungsi kerana peranti itu tidak direka untuk tenggelam sedalam 10 kaki selama beberapa hari.

Selain mendapat kecaman pelbagai pihak, insiden pembaziran air empangan itu telah menyebabkan pegawai kerajaan itu digantung kerja serta-merta sehingga siasatan terhadapnya selesai.

Dia bagaimanapun mendakwa bahawa air tersebut tidak boleh digunakan untuk pengairan dan telah mendapat kebenaran yang sewajarnya oleh pihak atasan untuk tindakan tersebut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *