EURUSD DI TIMEFRAME DAILY.
- Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend.
- Harga pada minggu lepas telah berjaya break dan close diatas Triple Top dan Resistance tersebut. Resistance tersebut kini telah menjadi Support (RbS). Ini menunjukkan bahawa harga masih kuat untuk meneruskan momentum kenaikan sehingga ke paras Resistance yang seterusnya.
- Saya masih fokus pada peluang buy sahaja selagi mana harga tidak berjaya break dan close dibawah RbS tersebut.
- Peluang reentry buy di RbS tersebut.
- Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bullish Engulfing atau Pin Bar di zone reentry tersebut sebelum melakukan sebarang reentry.
- Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close semula dibawah RbS tersebut.
**SILA KAWAL MM ANDA**