oil-17

Pemulihan Ekonomi China Yang Lemah Tamatkan Pendakian Harga Minyak Selama 7 Minggu

Harga minyak dilihat akan menutup dagangan minggu ini di paras lebih rendah selepas merekodkan kenaikan tujuh minggu berikutan masalah ekonomi China mengatasi tanda-tanda bekalan minyak yang ketat.

Kenaikan harga selama tujuh minggu sebelum ini didorong oleh lanjutan pemotongan bekalan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+).

Niaga hadapan Brent telah mencatat peningkatan sekitar 18 peratus sementara minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik lebih 20 peratus dalam tujuh minggu yang berakhir pada 11 Ogos.

Namun begitu, kedua-dua penanda aras harga minyak mentah itu telah mula merosot pada minggu ini dengan penyusutan lebih daripada tiga peratus.

China, pengimport minyak terbesar dunia, dilihat sebagai kunci utama untuk menampung permintaan minyak sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun pemulihan pasca-pandemi negara kembali lemah, dilemahkan oleh penggunaan domestik, aktiviti kilang dan sektor hartanah yang merosot, menimbulkan kebimbangan bahawa China tidak akan mencapai sasaran pertumbuhan tahunannya sebanyak 5 peratus tanpa langkah-langkah rangsangan yang besar.

“Pasaran minyak dilihat terperangkap dalam siri-siri berita kewangan sehingga pengeluaran inventori berterusan tidak lagi cukup untuk membolehkan navigasi berterusan (harga) di kawasan positif,” kata John Evans dari broker minyak PVM.

Data menunjukkan bahawa inventori minyak mentah AS jatuh hampir 6 juta tong minggu lalu berikutan eksport yang kukuh dan kadar penapisan.

Faktor lain yang mempengaruhi harga ialah kebimbangan bahawa Federal Reserve belum selesai menaikkan kadar faedah untuk menangani inflasi.

Kos pinjaman yang lebih tinggi berpotensi menghalang pertumbuhan ekonomi dan seterusnya mengurangkan permintaan keseluruhan untuk minyak.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *