Setelah harga melakukan 5 gelombang pendakian dari paras rendah 27 Julai yang berakhir pada paras tinggi 0.9240, kini harga sedang melakukan pengunduran pasaran. Turun dari puncak 3 Oktober, harga dicadangkan telah menyelesaikan 3 gelombang penurunan yang berakhir pada paras rendah 0.8887.
Akan tetapi harga tidak mencapai paras fibonacci extension minima 100% dan telah melakukan satu lantunan harga. Dicadangkan struktur ini sedang bergerak didalam struktur WXY Corrective Wave 7 hayunan.
Penurunan akan bersambung semula setelah harga menyelesaikan gelombang (X).
Disclaimer: Analisa ini hanya berdasarkan potensi dan kebarangkalian yang mungkin/boleh berlaku. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian berdasarkan analisa ini.