Pengeluar kereta Jepun Nissan merancang untuk mengembangkan pelaburan 2023 dan 2025 sebanyak 2.8 billion reai (AS$575.22 juta) di Kompleks Perindustrian Resende Nissan di Brazil.
Pelaburan utama ini akan menyediakan peralatan baharu dan satu siri penambahbaikan yang akan menyokong pengeluaran untuk membuat dua model SUV baharu.
“Berpandukan visi Ambition 2030 kami dan mengambil kira keperluan dan realiti Brazil dan Amerika Selatan, kami mempunyai strategi tempatan yang akan memastikan transformasi kami dalam beberapa tahun akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif global Makoto Uchida semalam.
“Kami perlu menunjukkan komitmen kami dengan langkah baharu untuk membina asas yang kukuh supaya kami boleh terus berkembang dan menyumbang untuk memenuhi objektif global kami,†jelasnya.
Nissan pada April 2022 yang lalu mengumumkan perancangan untuk melabur sebanyak 1.3 bilion reais.
Penambahan pelaburan yang diumumkan seiring dengan matlamat Nissan untuk menggandakan bahagian pasarannya dalam ekonomi terbesar Amerika Latin menjelang 2026.
Menurut Uchida, generasi baharu Nissan Kicks akan menjadi salah satu kenderaan yang dikeluarkan di Resende, yang katanya akan menjadi hab eksport ke negara Amerika Latin yang lain.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas Uchida bertemu dengan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva di Brasilia.