Malaysia dilaporkan telah muncul sebagai destinasi alternatif yang tidak dijangka untuk industri semikonduktor global.
Akhbar perniagaan Financial Times melaporkan bahawa puluhan syarikat telah menubuhkan operasi di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 18 bulan yang lalu, terutamanya di Pulau Pinang.
Antaranya melibat gergasi-gergasi tekonolgi seperti Micron dan Intel dari AS, syarikat semikonduktor Eropah AMS Osram dan Infineon, dan Suzhou- berasaskan Fengshi Metal Technology.
“Ramai ingin mengambil kesempatan daripada peluang yang ada. Ia bukan sahaja syarikat China [yang ditubuhkan di Pulau Pinang]. Juga termasuk Korea, Jepun, dan Barat.
“Dan semua ini berkaitan dengan perang teknologi antara AS dan China,” kata ketua eksekutif pembekal alat ganti Kemikon, Marcel Wismer.
Sementara itu, David Lacey, seorang eksekutif untuk AMS Osram Switzerland, yang merupakan antara firma luar negara pertama yang mewujudkan kehadiran di Pulau Pinang memberitahu FT bahawa kepelbagaian rantaian bekalan telah bermula dengan wabak tetapi “latar belakang geopolitik telah menyebabkan orang ramai mencari lokasi dan sumber alternatifâ€.
Laporan itu berkata Malaysia telah menjadi sebahagian daripada “bahagian belakang” rantaian bekalan pembuatan semikonduktor selama lima dekad yang lalu, terlibat dalam pembungkusan, pemasangan dan ujian cip.
Namun kini, Malaysia dilihat berusah untuk meningkatkan rantaian nilai dan melibatkan negara dalam perkhidmatan lebih tinggi seperti aktiviti nilai seperti fabrikasi wafer dan reka bentuk litar bersepadu.
Pelaburan di Pulau Pinang telah berkembang pesat dengan RM60.1 bilion dalam pelaburan langsung asing pada 2023, lebih daripada jumlah yang diterima daripada gabungan 2013 hingga 2020.
FT juga memetik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa membangunkan industri semikonduktor dan tenaga kerja Malaysia kepada pembuatan bernilai lebih tinggi adalah “matlamat kritikal”.
Anwar juga dipetik sebagai mengakui tahap “kepuasan hati” masa lalu dalam meningkatkan industri semikonduktor selepas ledakan awal pada 1970-an dan 1980-an.