Pada Febuari 2024, XM Malaysia telah menganjurkan sebuah seminar dagangan bersama dengan para pedagang di Kuala Lumpur. Seminar ini merupakan anjuran pertama XM Malaysia untuk tahun 2024. Lebih 300 orang pedagang telah mendaftar dan hadir untuk mendengar perkongsian bersama dua orang instruktor XM Malaysia iaitu Encik Zulle Razak dan Encik Imran Zailani.
Sesi dimulakan dengan pembentangan daripada wakil XM berkenaan dengan kemas kini serta produk-produk terbaru daripada XM Malaysia.
Antara produk terbaru daripada XM yang boleh dimanfaatkan oleh para pedagang adalah sistem ‘copy trading’ terbaru yang kini boleh diguna pakai oleh semua pedagang XM. Pedagang boleh memilih untuk mendaftar sebagai pengurus ‘copy trading’ ataupun memilih untuk mengikuti mana-mana pengurus pilihan. Sistem ini diperkenalkan setelah mendapat feedback dan permintaan yang tinggi daripada para pedagang XM.
Seterusnya, di bawah ruang sosial, XM kini memperkenalkan pertandingan XM dimana pedagang boleh bersaing antara satu sama lain untuk memenangi pelbagai hadiah lumayan. Lebih menarik lagi, XM kini turut menawarkan pertandingan akaun demo dimana pedagang boleh bertanding tanpa menggunakan dana sebenar. Ini sudah tentunya akan membuka ruang kepada lebih ramai lagi pedagang untuk menunjukkan kehandalan berdagang masing-masing.
Selain itu, produk-produk lain yang turut diberi perhatian adalah Akaun Ultra Low, aplikasi XM yang kini tersedia untuk platform ios dan android serta ruang lanjutan melayu yang boleh dimanfaatkan oleh para pedagang. Kesemua produk dan kemudahan ini boleh diakses di bahagian ruang ahli di laman sesawang XM.
Selepas pembentangan produk selesai, sesi diteruskan dengan topik utama seminar iaitu ‘education’ bersama dengan instruktor XM. Topik pertama dikendalikan oleh Encik Imran Zailani dimana beliau mengenengahkan kepentingan fundamental dalam memahami instrumen emas.
Antara pengisian perkongsian beliau adalah faktor-faktor yang mempengaruhi dan menghalang pergerakan harga komoditi emas. Dari situ beliau kemudiannya menekankan kepentingan untuk para pedagang memahami kesan tindakan dan keputusan data yang dikeluarkan oleh Fed kepada harga emas. Sesi perkongsian fundamental bersama Encik Imran ini kemudiannya dilengkapkan dengan perbandingan hasil pulangan bon sebenar dengan penyelerasan inflasi bagi melihat trend perubahan harga emas.
Instruktor kedua, Encik Zulle Razak pula ke pentas untuk mengendalikan sesi ‘education’ kedua. Di permulaan sesi, beliau berkongsi cara untuk memanfaatkan penggunaan platform MT5 yang disediakan oleh XM di mana para pedagang boleh melihat secara terus ‘mapping’ yang telah dilakukan beliau di MT5 masing-masing.
Dalam sesi Encik Zulle, beliau berkongsi pemahaman berkenaan korelasi antara instrumen kewangan yang boleh didagangkan dalam pasaran. Dinamik pergerakan pasaran sesuatu pasangan matawang secara tidak langsung akan memberi pengaruh kepada pergerakan pergerakan pasaran matawang yang lain. Ini dapat dilihat melalui siri gabungan penggunaan indikator serta terjemahan data yang ada.
Selepas rehat makan tengahari, sesi disambung dengan perkongsian bersama Encik Zulle sekali lagi. Beliau memberi kesedaran akan beberapa realiti dan sikap pedagang yang kelihatan remeh tetapi sebenarnya sedikit sebanyak akan mempengaruhi gaya dagangan jangka masa panjang.
Untuk analisa pasaran semasa, Encik Zulle melihat kepada beberapa instrumen popular seperti GOLD dan USDCHF. Beliau melakukan demonstrasi untuk melakukan Elliot Wave counting secara langsung di hadapan para peserta seminar. Para peserta juga dijemput untuk sertai ruang lanjutan melayu bersama Encik Zulle Razak bagi menyambung kandungan perkongsian berkenaan.
Sesi soal jawab juga telah mengambil tempat bersama kedua-dua instruktor selepas berakhir sesi perkongsian. Peserta yang bersemangat untuk mendapatkan pendapat daripada instruktor berpengalaman telah tampil untuk bertanya soalan. Sesi ini sedikit sebanyak merapatkan hubungan antara pedagang dan pasukan ‘education’ XM Malaysia.
XM Malaysia juga dengar berbesar telah menyediakan beberapa hadiah cabutan bertuah untuk peserta seminar. Ianya merupakan satu tanda penghargaan kepada pedagang XM yang sudi hadir memeriahkan seminar dan sesi perkongsian ilmu dagangan.
Seminar ini merupakan satu penganjuran yang berjaya. Pedagang-pedagang XM yang hadir dapat meraih pelbagai manfaat terutamanya perkongsian ilmu daripada dua instruktor yang berpengalaman. Sudah tentunya para pedagang tanah air boleh menantikan penganjuran-penganjuran yang akan datang daripada XM Malaysia untuk tahun ini. Tahniah XM Malaysia!
Jika anda berminat untuk berdagang Bersama XM, klik di SINI untuk menyertai.