sk on battery award

Pasaran EV Merosot, SK On Tawar Pakej Persaraan Awal bagi Pekerja

Pembuat bateri Korea Selatan, SK On, merancang memperkenalkan langkah sukarela untuk mengurangkan tenaga kerja bagi meningkatkan kecekapan dan kekal berdaya saing dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) yang mencabar.

Sebagai unit bateri SK Innovation, syarikat ini menawarkan program cuti khas dan opsyen pelepasan sukarela sebagai sebahagian daripada skim kecekapan. Langkah ini bertujuan membentuk tenaga kerja yang lebih tangkas untuk menghadapi perubahan dalam pasaran EV.

SK On juga komited menyokong perkembangan kerjaya kakitangannya yang telah menyumbang kepada kejayaan syarikat dalam menjadi pengeluar bateri terkemuka.

Syarikat ini membekalkan bateri kepada Ford, Hyundai, dan Volkswagen, namun kini berdepan penurunan penghantaran bateri akibat kelembapan global dalam jualan EV.

Pengeluar kereta seperti Ford dan General Motors telah menangguhkan atau membatalkan model EV baru kerana permintaan yang tidak secepat jangkaan.

Sebagai sebahagian daripada langkah efisiensi, SK On menawarkan pakej persaraan awal kepada pekerja yang bersetuju berundur, termasuk bayaran 50% gaji kepada mereka yang menyertai syarikat sebelum November tahun lepas.

Setakat Jun 2023, SK On menggaji 3,558 orang. Syarikat ini belum mencatatkan keuntungan sejak dipisahkan dari SK Innovation pada 2021, dan mencatatkan kerugian operasi 460 bilion won pada suku April-Jun 2023.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *